Perceraian dalam Kalangan Masyarakat Melayu di Kuala Besut, Terengganu (1953-1963)

Kajian ini meneliti masalah perceraian dalam kalangan masyarakat Melayu di Kuala Besut, Terengganu di antara tahun 1953 hingga 1963. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik kajian dokumen dan temu bual. Sumber dokumen diperolehi daripada fail-fail Pejabat Kadi Daerah Besut yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ruhaizan, Sulaiman @ Abd. Rahim, Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi, Norizan, Abdul Ghani
Format: Article
Language:Malay
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/4680/1/FH02-FKI-16-06791.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/4680/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: Malay
Description
Summary:Kajian ini meneliti masalah perceraian dalam kalangan masyarakat Melayu di Kuala Besut, Terengganu di antara tahun 1953 hingga 1963. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik kajian dokumen dan temu bual. Sumber dokumen diperolehi daripada fail-fail Pejabat Kadi Daerah Besut yang ada dalam simpanan Jabatan Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu-Pahang. Objektif utama kajian adalah untuk membuat satu analisis perbandingan bagi mengetahui jumlah dan bentuk-bentuk perceraian yang berlaku di kawasan kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan kadar perceraian yang berlaku sebelum merdeka adalah lebih tinggi berbanding selepas merdeka. Begitu juga bagi kes pasangan yang mengambil keputusan bersama untuk rujuk kembali. Kebanyakan perceraian yang berlaku dalam tempoh tersebut disebabkan isteri ditinggalkan suami tanpa nafkah selama tempoh yang ditetapkan dalam Islam. Ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu sebelum merdeka suka berpisah dengan cara cerai taklik. Selepas merdeka, didapati kadar perceraian secara taklik semakin berkurangan sehingga tahun 1963. Dapatan kajian juga menunjukkan, dalam tempoh 1953 hingga 1963 (sepuluh tahun), 80 peratus perceraian adalah melalui talak satu iaitu melalui cerai taklik, 11 peratus adalah talak dua dan sembilan peratus ialah talak tiga. Perceraian melalui talak satu adalah yang paling lazim digunakan dalam membubarkan perkahwinan.