Penguasaan frasa al-idhāfah (aneksi) dalam kalangan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penguasaan frasa yang mantap dalam sesuatu bahasa adalah sangat penting bagi memperkukuhkan lagi penguasaan terhadap bahasa tersebut. Ini kerana, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu frasa itu dapat dikuasai sama ada dalam penulisan mahupun pertuturan. Pelbagai kajian telah melapo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shekarma, Abdullah, Che Radiah, Mezah, Ab. Halim, Mohamad, Kamarul Shukri, Mat Teh
Format: Article
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5130/1/FH02-FKI-16-06119.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5130/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Penguasaan frasa yang mantap dalam sesuatu bahasa adalah sangat penting bagi memperkukuhkan lagi penguasaan terhadap bahasa tersebut. Ini kerana, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu frasa itu dapat dikuasai sama ada dalam penulisan mahupun pertuturan. Pelbagai kajian telah melaporkan tentang kelemahan para pelajar dalam penguasaan frasa. Justeru, kajian ini memberi pemfokusan kepada penguasaan dalam satu jenis frasa nama sahaja iaitu frasa alidhāfah ataupun juga dikenali sebagai frasa aneksi. Kajian kuantitatif yang bersifat deskriptif ini dijalankan ke atas 186 orang pelajar tahun akhir, jurusan pengajian Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Data kajian dikumpul melalui pelaksanaan satu set soalan ujian bertulis berkaitan dengan frasa al-idhāfah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berada pada tahap rendah (lemah) dalam penguasaan frasa al-idhāfah secara keseluruhannya, sama ada mengikut pembahagian markah, gred, tahap penguasaan, dan juga mengikut konstruk-konstruk soalan yang telah dibina. Kajian ini diharap dapat menjadi satu pencetus idea kepada pengkaji-pengkaji dalam memajukan lagi industri pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif pada masa akan datang.