Pengaplikasian Kaedah Hadith Al-Mawdu‘iy Dalam Penyelidikan Berkaitan Islam

Terdapat pelbagai penyelidikan yang telah dilakukan oleh para ilmuwan Islam, terutamanya ilmuwan Islam silam berhubung bidang-bidang yang mereka terokai seperti bidang akidah, fiqh, tasawuf, tafsir, hadith, falak, falsafah dan sebagainya. Dalam menerokai bidang-bidang tersebut, mereka menggunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Khairul Aiman, Wan Mokhtar, Mohd Shukri, Hanapi
Format: Article
Language:Malay
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5136/1/FH02-FUPL-17-08454.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5136/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: Malay
Description
Summary:Terdapat pelbagai penyelidikan yang telah dilakukan oleh para ilmuwan Islam, terutamanya ilmuwan Islam silam berhubung bidang-bidang yang mereka terokai seperti bidang akidah, fiqh, tasawuf, tafsir, hadith, falak, falsafah dan sebagainya. Dalam menerokai bidang-bidang tersebut, mereka menggunakan pelbagai kaedah penyelidikan. Namun, kebanyakan kaedah penyelidikan itu masih belum dikaji orang untuk diaplikasikan sebagai kaedah penyelidikan Islam. Atas sebab itulah kajian ini bertujuan mengkaji salah satu kaedah penyelidikan yang digunakan oleh para ulama Islam silam, iaitu kaedah hadith al-mawdu‘iy. Persoalannya, apakah kaedah hadith al-mawdu‘iy itu? Bagaimanakah kaedah tersebut dapat diaplikasikan dalam sesuatu penyelidikan berkaitan Islam? Untuk menjawab semua persoalan ini, perbincangan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian utama. Pertama, mengenal pasti kaedah hadith al-mawdu‘iy yang digunakan oleh muhaddithin dalam menghuraikan hadith-hadith Rasulullah SAW; dan kedua, menganalisis kesesuaian pengaplikasian kaedah hadith almawdu‘ iy tersebut dalam sesuatu penyelidikan berkaitan Islam. Sebagai hasilnya, kajian kualitatif ini mendapati kaedah hadith al-mawdu‘iy sesuai diaplikasikan dalam penyelidikan berkaitan Islam. Kesesuaian ini berdasarkan dua aspek iaitu aspek penarafan sumber data dan aspek penganalisisan data.