Projek Keusahawanan Sosial dapat memenuhi keperluan penduduk miskin dan miskin tegar
Kemiskinan masih menjadi masalah utama dalam proses pembangunan di Malaysia. Bagi menangani masalah ini, berbagai-bagai rancangan pembangunan telah dijalankan di Malaysia. Namun pada keseluruhannya, rancangan berkenaan didapati kurang berjaya dan berkesan. Oleh itu, pihak kerajaan telah melancark...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/5137/1/FH02-FSSG-17-08453.pdf http://eprints.unisza.edu.my/5137/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | Malay |
Summary: | Kemiskinan masih menjadi masalah utama dalam proses pembangunan di Malaysia.
Bagi menangani masalah ini, berbagai-bagai rancangan pembangunan telah dijalankan
di Malaysia. Namun pada keseluruhannya, rancangan berkenaan didapati kurang
berjaya dan berkesan. Oleh itu, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai program
untuk membangunkan pelbagai sektor bagi meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti
supaya dapat meningkatkan pendapatan dan menghapuskan kadar kemiskinan tegar.
Kajian ini berusaha melihat masalah kemiskinan dalam kalangan keluarga miskin dan
miskin tegar dalam kawasan Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti keperluan pembangunan keluarga miskin dan miskin tegar supaya
dapat menentukan bantuan program pembangunan keluarga. Seramai 68 orang dipilih
untuk ditemu bual di Teluk Ketapang, Kuala Terengganu sebagai responden kajian.
Responden kajian ini dipilih secara rawak di sekitar kawasan Teluk Ketapang. Kajian ini
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 18.00.
Hasil analisis diterangkan dalam bentuk peratusan dan crosstab. Penemuan kajian
melibatkan profail, maklumat ekonomi warga miskin dan miskin tegar, tahap kepuasan
terhadap kemudahan sedia ada dan menilai keperluan mereka. Antara keperluan yang
dikenal pasti adalah pendidikan, kemahiran, keagamaan, sosial, makanan dan pakaian,
kesihatan, perumahan, peralatan rumah dan pengangkutan. Kajian ini menunjukkan
pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan, pendidikan, kerohanian/keagamaan,
kegiatan sosial, pemakaian/pakaian/kesihatan, perumahan, pengangkutan/perhubungan,
keperluan khusus Orang Kurang Upaya (OKU) dan keperluan-keperluan lain merupakan
senarai keperluan yang harus diberi perhatian serius. Keluarga miskin dan miskin tegar
harus bersedia dan sanggup berusaha memajukan diri sendiri agar kesejahteraan hidup
mereka bertambah baik di samping pihak kerajaan memainkan peranan penting untuk
memajukan penduduk yang berada dalam kemiskinan. Oleh itu, penambahbaikan
program yang lebih terancang dan terkawal perlu dilaksanakan supaya masalah
kemiskinan dapat diatasi. |
---|