Pengoptimuman Analisis Biomekanik Terhadap Pemain Bola Sepak Menggunakan Kaedah Tindak Balas Permukaan

Bola sepak merupakan suatu permainan yang digemari di seluruh dunia dan sukan ini merupakan sukan nombor satu di dunia begitu juga di Malaysia. Walaupun bola sepak di negara kita menuju era profesional, prestasinya adalah di tahap rendah dan tidak dapat dibanggakan. Setelah dikaji, pemain bola se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nadzifah, Yaakub, Mohd Firdaus, Mahamad Ali, Ahmad Rasdan, Ismail, Mahamad Ali, Abd Rahman
Format: Article
Language:Malay
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5186/1/FH02-FBIM-17-08393.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5186/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: Malay
Description
Summary:Bola sepak merupakan suatu permainan yang digemari di seluruh dunia dan sukan ini merupakan sukan nombor satu di dunia begitu juga di Malaysia. Walaupun bola sepak di negara kita menuju era profesional, prestasinya adalah di tahap rendah dan tidak dapat dibanggakan. Setelah dikaji, pemain bola sepak negara masih lemah dari segi teknik tendangan. Teknik tendangan yang berkualiti dalam permainan bola sepak merupakan aspek terpenting dalam menghasilkan jaringan dan juga hantaran. Teknik tendangan kekura kaki merupakan teknik tendangan yang kerap kali digunakan dalam sukan bola sepak bagi tujuan hantaran pendek dan tepat serta ketika melakukan jaringan. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan nilai pengoptimuman bagi arah sudut larian dan jarak kaki sokongan daripada bola serta tekanan dalaman bola terhadap halaju sudut pada bahagian kaki yang menendang. Seramai enam orang subjek menggunakan kaki dominan kanan dan bebas daripada sebarang kecederaan dari pelbagai kategori telah dipilih sebagai subjek dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan dengan mengambil gambar video 3 dimensi yang difokuskan pada bahagian bawah badan iaitu dari paras pinggang ke buku lali. Untuk tujuan ini, penanda akan dilekatkan pada bahagian bawah badan sebelum tendangan dilakukan oleh subjek. Analisis data telah dilakukan dengan menggunakan perisian 3 Dimensi Qualisys Track Manager. Bagi analisis statistik, perisian Minitab dengan menggunakan kaedah tindak balas permukaan melalui rekabentuk Box-Behnken telah digunakan. Hasil daripada kajian ini, didapati pengotimuman bagi ketiga-tiga parameter iaitu arah sudut larian adalah sebanyak 53.6º, jarak kaki sokongan sebanyak 8.84sm dan tekanan bola sebanyak 0.9bar dengan halaju sudut lutut sebanyak 779.27 darjah/saat telah terhasil. Persamaan model matematik bagi pengaruh setiap faktor tendangan terhadap halaju sudut pada bahagian kaki yang menendang telah ditentukan.