Elipsis (al-Hadhf) dalam al-Quran sebagai Satu Petunjuk Ketinggian Bahasa Arab Kalamullah
Elipsis atau al-hadhf merupakan satu uslub yang terdapat dalam bahasa Arab dan juga bahasa lain di dunia. Uslub berperanan menyerlahkan keindahan sesuatu bahasa kerana mempamerkan kepelbagaian gaya bahasa dalam menyampaikan makna ayat. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SA...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/5311/1/FH02-FBK-17-09920.pdf http://eprints.unisza.edu.my/5311/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English |
Summary: | Elipsis atau al-hadhf merupakan satu uslub yang terdapat dalam
bahasa Arab dan juga bahasa lain di dunia. Uslub berperanan menyerlahkan
keindahan sesuatu bahasa kerana mempamerkan kepelbagaian gaya
bahasa dalam menyampaikan makna ayat. Al-Quran yang diturunkan oleh
Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan umatnya menggunakan bahasa
Arab standard. Oleh itu, kewujudan elipsis atau al-hadhf dalam al-Quran
menunjukkan bahawa pemahaman terhadap ayat al-Quran memerlukan
pengetahuan yang baik tentang tatabahasa Arab. Hal ini menjelaskan bahawa
ayat al-Quran tidak boleh ditafsir oleh orang awam tanpa penguasaan ilmu
tatabahasa Arab. Namun begitu, hal ini tidak membawa pengertian bahawa
ayat-ayat al-Quran sukar untuk difahami. Makalah ini membincangkan
kewujudan elipsis (al-hadhf) dalam bahasa Arab dan kewujudannya dalam
al-Quran. Beberapa ayat al-Quran dianalisis bagi memahami elipsis (alhadhf) dan fungsinya dalam membawa makna ayat al-Quran secara jelas.
Dapatan analisis menunjukkan bahawa pemahaman elipsis (al-hadhf)
mempunyai kaitan yang rapat dengan kaedah tatabahasa Arab atau al-Nahw
al-‘Arabiy. Justeru, penguasaan terhadap tatabahasa Arab merupakan satu
keperluan dalam memahami ayat-ayat al-Quran. |
---|