Manhaj dakwah al-hissi dalam al-qudwah al-hasanah melalui ummuhāt al-akhlāk : Al-hikmah, al-syaja’ah, al-‘iffah dan al-‘adl (An analysis of the methods of al-hissi da’wah in ummuhāt al-akhlāk : Al-hikmah, al-syaja)

Proses menyampaikan dakwah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan melalui kaedah ikutan contoh akhlak dalam membina keperibadian al-mad’u(sasaran dakwah). Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan bagi para pendakwah dalam semua perilaku Rasulullah s.a.w, baik ucapan mahupun perb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azyyati, Mohd Nazim
Format: Article
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5424/1/FH02-FKI-17-11161.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5424/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Proses menyampaikan dakwah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan melalui kaedah ikutan contoh akhlak dalam membina keperibadian al-mad’u(sasaran dakwah). Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan bagi para pendakwah dalam semua perilaku Rasulullah s.a.w, baik ucapan mahupun perbuatan. Golongan pendakwah masa kini hendaklah peka terhadap para penyebar dakyah sonsang yang telah mempergunakan kecenderungan tabiat meniru manusia supaya mengikuti cara hidup manusia yang sesat dan menyimpang. Maka, bertitik tolak daripada persoalan pelaksanaan dakwah masa kini, golongan pendakwah hendaklah menggunakan manhaj dakwah al-Hissi supaya dapat menggerakkan fikiran dan perasaan manusia untuk mengikuti yang baik dan mulia. Maka, objektif kajian ini ialah untuk menganalisis manhaj dakwah al-Hissi dalam ummuhāt al-akhlak iaitu al-Hikmah, al-Syaja’ah, al- ‘Iffah dan al-‘Adl. Kaedah kajian ini menggunakan teknik analisis kandungan yang disokong dengan sumber-sumber primer iaitu al-Quran dan hadith melalui analisis induktif dan perbandingan pandangan tokoh-tokoh dalam bidang pengajian Islam dan disiplin ilmu dakwah. Hasil kajian didapati, kepentingan manhaj dakwah al-Hissi bertujuan untuk menyampaikan mesej dakwah yang dapat dilihat dan berkesan. Selain itu, kewajipan mencontohi Rasulullah s.a.w adalah penting sebagai panduan asas dakwah bilhal kepada seorang pendakwah dalam masyarakat. Oleh itu, kajian ini telah mendedahkan kepentingan seorang pendakwah untuk bertindak sebagai pengikat hubungan kemasyarakatan yang dikenali sebagai (لربط العام)