Penerimaan Masyarakat Terhadap Kursus Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Bentong 2016-2017
Penubuhan Kolej Komuniti di Malaysia pada asalnya bertujuan untuk memperkasakan pendidikan berbentuk TVET di Malaysia. Di samping itu, matlamat penduanya adalah pelaksanaan kursus sepanjang hayat untuk komuniti setempat dan golongan sasaran. Keadaan ini sejajar dengan peningkatan dan permintaan k...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/6300/1/FH02-FKI-18-15369.pdf http://eprints.unisza.edu.my/6300/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | Malay |
Summary: | Penubuhan Kolej Komuniti di Malaysia pada asalnya bertujuan untuk memperkasakan pendidikan
berbentuk TVET di Malaysia. Di samping itu, matlamat penduanya adalah pelaksanaan kursus
sepanjang hayat untuk komuniti setempat dan golongan sasaran. Keadaan ini sejajar dengan
peningkatan dan permintaan kursus pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Kajian bermatlamat
meneliti dan menganalisis penerimaan serta penglibatan komuniti dalam kursus PSH di Kolej Komuniti
Bentong. Kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk analisis kandungan. Data kajian diperolehi
melalui fail sumber primer dalam rekod kursus PSH Kolej Komuniti Bentong. Data ini ditambah baik
dari sumber sekunder berbentuk dapatan khidmat pelanggan dan laporan berkaitan dengan PSH di
samping pemerhatian pengkaji ke atas peserta kursus. Kajian mendapati, penerimaan dan penglibatan
komuniti dalam kursus berkaitan PSH meningkat serta relevan dikekalkan. Bagaimanapun, terdapat
perbezaan ketara dalam data penglibatan peserta PSH berasaskan kaum di Kolej Komuniti Bentong.
Kajian mengusulkan supaya kajian tinjauan dilakukan terus pada komuniti untuk meneliti persepsi
terhadap kewujudan kolej komuniti terutama dari kalangan kaum Cina dan India. Usulan ini akan
membawa pada dapatan faktor dan kaedah mempertingkatkan penyampaian kursus PSH terhadap
kaum Cina dan India. |
---|