Kajian rintis strategi pembelajaran kemahiran berbahasa arab
Penggunaan strategi pembelajaran bahasa merupakan salah satu alternatif yang dapat membantu pelajar mempelajari dan menguasai pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kebolehpercayaan instrumen yang digunakan bagi mengenal pasti penggunaan strategi pembelajaran kemahira...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/6333/1/FH02-FKI-19-28203.pdf http://eprints.unisza.edu.my/6333/2/FH02-FKI-20-37436.pdf http://eprints.unisza.edu.my/6333/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English English |
Summary: | Penggunaan strategi pembelajaran bahasa merupakan salah satu alternatif yang dapat
membantu pelajar mempelajari dan menguasai pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji tahap kebolehpercayaan instrumen yang digunakan bagi mengenal
pasti penggunaan strategi pembelajaran kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan pelajar.
Selain itu, kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini turut mengenal pasti tahap penggunaan
strategi pembelajaran kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan pelajar. Seramai 30 orang
pelajar daripada salah sebuah sekolah menengah agama di Kedah terlibat dalam kajian rintis
ini. Data kajian pula diperoleh melalui soal selidik. Tahap kebolehpercayaan soal selidik ini
adalah tinggi dengan nilai Alfa Cronbach 0.956. Dapatan kajian menunjukkan tahap
penggunaan strategi secara keseluruhan dan berdasarkan kategori dalam kalangan pelajar
adalah rendah. Justeru, pelajar diharapkan dapat mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
bahasa Arab di dalam dan di luar kelas supaya mereka mempunyai lebih banyak peluang
untuk menggunakan strategi dengan lebih bijak. |
---|