Aplikasi kaedah Fuzzy Delphi dalam pembangunan modul pembelajaran kosa kata bahasa Arab berasaskan animasi [The application of Fuzzy Delphi method in developing animation based vocabulary learning module]

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar bahasa Arab tentang reka bentuk modul pembelajaran kosa kata bahasa Arab berasaskan animasi bagi membantu murid sekolah rendah mempelajari kosa kata baharu, memahami makna, mengingat dan dapat mengaplikasikannya dalam ayat menggunakan aplik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norhayati, Che Hat, Muhammad Azhar, Zailaini, Zaharah, Hussin
Format: Article
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6394/1/FH02-FBK-19-29063.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6394/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar bahasa Arab tentang reka bentuk modul pembelajaran kosa kata bahasa Arab berasaskan animasi bagi membantu murid sekolah rendah mempelajari kosa kata baharu, memahami makna, mengingat dan dapat mengaplikasikannya dalam ayat menggunakan aplikasi kaedah Fuzzy Delphi. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan konsensus pakar terhadap empat aspek utama dalam pembangunan modul pembelajaran kosa kata bahasa Arab berasaskan animasi; iaitu i) komponen utama modul pembelajaran kosa kata; ii) reka bentuk modul dari aspek strategi persembahan, aktiviti, latihan dan penilaian; iii) strategi persembahan kosa kata dalam modul; dan iv) aplikasi prinsip multimedia. Teknik Fuzzy Delphi (FDM) digunakan bagi mendapatkan konsensus pakar dengan mengedarkan soal selidik kepada 19 orang pakar yang terdiri daripada tiga kategori; iaitu pakar bahasa Arab, pakar teknologi pendidikan dan juga pakar dalam pembinaan modul. Instrumen soal selidik terdiri 4 bahagian merangkumi 54 item. Dapatan kajian terhadap konsensus pakar menunjukkan 52 item kajian mempunyai nilai purata dan penilaian pakar adalah kurang dari nilai threshold (d) < 0.2 dan peratus persetujuan pakar juga melebihi nilai 75%. Manakala 2 item yang tidak mendapat peratus persetujuan pakar iaitu kurang daripada nilai 75% ditolak. Item-item yang telah mendapat konsensus pakar telah disaring dengan membuang atau menambah item mengikut cadangan pakar.