Model Warisan Ketatanegaraan Melayu Islam melalui Itqan al-Muluk bi Ta‘dil al-Suluk

Perlembagaan Terengganu 1911 ialah teks bertulis kedua yang disifatkan berada dalam konteks ketatanegaraan di Tanah Melayu. Teks ini terhasil selepas penggubalan Perlembagaan Johor 1895. Bagaimanapun, kelahiran teks ini ketika era campur tangan British di Terengganu menjadi asas kepada keperluan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hanif, Md Lateh @ Junid
Format: Article
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6417/1/FH02-FKI-18-13960.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6417/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: Malay
Description
Summary:Perlembagaan Terengganu 1911 ialah teks bertulis kedua yang disifatkan berada dalam konteks ketatanegaraan di Tanah Melayu. Teks ini terhasil selepas penggubalan Perlembagaan Johor 1895. Bagaimanapun, kelahiran teks ini ketika era campur tangan British di Terengganu menjadi asas kepada keperluan kajian ini. Kedudukannya pada era tersebut menimbulkan persoalan, adakah ia menetapi unsur Islam-Melayu yang telah sedia menjadi amalan di Alam Melayu? Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menilai kewujudan fasal dalam teks perlembagaan tersebut yang berteraskan parameter ketatanegaraan Alam Melayu. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasi reka bentuk kajian sejarah. Pengumpulan data dibuat melalui dokumen sumber pertama, iaitu salinan teks bersama dengan interpretasi dokumen sekunder. Kajian dianalisis dengan tatacara komparatif antara teks primer dengan parameter yang ditetapkan. Kajian mendapati bahawa unsur Islam-Melayu sebagaimana dalam parameter tersebut jelas diadun dalam teks. Selain itu, keberadaan ini menjadi pemangkin kepada kelangsungan warisan ketatanegaraan Melayu. Justeru, kajian menyimpulkan keberadaan teks ini menongkah arus kehendak era campur tangan British. Selain itu, kajian turut melihat keperluan untuk melakukan penelitian lanjutan dalam setiap undang-undang tubuh kerajaan, seterusnya kepada penggubalan perlembagaan berasaskan model warisan ketatanegaraan Islam-Melayu.