Konsep jaringan dan aplikasi teori jaringan sosial ke dalam jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak

Artikel ini membincangkan mengenai konsep jaringan sosial dan aplikasi Teori Jaringan Sosial ke dalam jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak. Konsep jaringan sosial yang dibincangkan dipecahkan kepada dua bahagian; iaitu konsep jaringan sosial dari aspek hubungan dan konsep jaringan sosial d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hajar, Abdul Rauf, Siti Hajar, Abu Bakar Ah, Haris, Abd Wahab
Format: Article
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6579/1/FH02-FSSG-19-33831.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6579/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Artikel ini membincangkan mengenai konsep jaringan sosial dan aplikasi Teori Jaringan Sosial ke dalam jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak. Konsep jaringan sosial yang dibincangkan dipecahkan kepada dua bahagian; iaitu konsep jaringan sosial dari aspek hubungan dan konsep jaringan sosial dari aspek struktur. Manakala, Teori Jaringan Sosial pula menerangkan empat perkara asas; iaitu jenis jaringan sosial, corak jaringan sosial, sistem jaringan sosial dan agihan jaringan sosial. Analisis dokumen yang dilakukan melalui sorotan literatur terhadap kajian-kajian lepas mendapati bahawa jaringan sosial dibahagikan kepada tiga jenis; iaitu jaringan sosial formal, jaringan sosial tidak formal dan jaringan sosial bersepadu. Corak jaringan sosial pula dipecahkan kepada lima corak perhubungan; iaitu hubungan tidak berarah, hubungan berarah, hubungan secara simetri, hubungan melalui orang tengah dan juga sosiogram. Manakala, bagi agihan jaringan sosial, didapati terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi agihan jaringan sosial; iaitu objek atau pihak-pihak yang terlibat dalam jaringan yang terbina, penghubung ikatan jaringan, hubungan peranan, fungsi dan tanggungjawab antara objek/pihak yang terlibat dalam ikatan jaringan; serta arus (flow) dan pertukaran (exchange) dalam sistem jaringan.