Pendekatan al-Biruni dalam Memahami Konsep Gerhana Menerusi Kitab al-Qanun al-Mas' udi [Using The al-Biruni Approach to Understand The Eclipse Phenomenon Based on The al-Qanun Al-Mas'udi Scripture]

Perkembangan ilmu sains yang semakin meluas mendapati banyak buku-buku, artikel, jurnal dan sebagainya yang membahas tentang kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan ini. Kitab al-Qanun al-Mas’udi karya Abu Rayhan al-Biruni adalah sebuah kitab ilmu falak membahaskan fenomena gerhana dengan len...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Roslan, Umar, Rodhiyah, Shahimi
Format: Article
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6832/1/FH02-ESERI-20-37333.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6832/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Perkembangan ilmu sains yang semakin meluas mendapati banyak buku-buku, artikel, jurnal dan sebagainya yang membahas tentang kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan ini. Kitab al-Qanun al-Mas’udi karya Abu Rayhan al-Biruni adalah sebuah kitab ilmu falak membahaskan fenomena gerhana dengan lengkap. Permasalahan yang dikaji turut merangkumi konsep gerhana matahari dan bulan menurut pandangan sarjana Islam dan Barat, konsep gerhana menurut al-Biruni berdasarkan kitab al-Qanun al-Mas’udi dan analisis daripada nas dan syarak serta teori sains untuk melihat keselarasan antara Sains dan Islam. Kajian ini bersifat kepustakaan (library research), bertujuan untuk menjawab semua persoalan yang dikemukakan. Sumber primer untuk kajian ini adalah kitab al-Qanun al-Mas’udi dan data sekundernya diperolehi daripada beberapa dokumen bertulis seperti buku, makalah, artikel, jurnal dan tesis. Semua data tersebut diolah dan dianalisis menggunakan metode deskriptif analisis. Hasil daripada kajian terhadap kitab al-Qanun al-Mas’udi, al-Biruni adalah seorang sarjana Islam yang mempercayai teori geosentrik iaitu menganggap matahari bergerak mengelilingi bumi. Pendapat ini berbeza dengan pendapat ahli-ahli astronomi lain yang mempercayai teori heliosentrik iaitu matahari sebagai pusat tata suria dan bumi yang mengelilingi matahari. Tetapi, konsep gerhana secara umum yang dinyatakan al-Biruni berdasarkan kitab beliau itu adalah selari dan sama dengan pendapat ahli-ahli astronomi yang lain iaitu berlakunya kejadian gerhana apabila matahari, bulan dan bumi berada pada satu garis lurus astronomi. Oleh kerana itu, maka kitab al-Qanun al-Mas’udi adalah kitab yang sesuai dijadikan rujukan pada zaman sekarang untuk mengetahui bagaimana berlakunya fenomena gerhana matahari dan gerhana bulan.