Perselisihan antara gerakan al-asya`irah dan salafiyyah: analisis pendekatan ulama ahl sunnah wa al-jamaah

Antara isu yang melahirkan gejala takfir dalam masyarakat ialah pertelingkahan antara gerakan al-Asya`irah dan gerakan Salafiyyah. Penulisan ini akan mengulas perselisihan tersebut dari sudut latar belakang, analisis isu dan melihat isu tersebut melalui kacamata pendekatan ulama ahl Sunnah wa al...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Razali, Musa
Format: Article
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/7362/1/FH02-FKI-20-45973.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/7362/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Antara isu yang melahirkan gejala takfir dalam masyarakat ialah pertelingkahan antara gerakan al-Asya`irah dan gerakan Salafiyyah. Penulisan ini akan mengulas perselisihan tersebut dari sudut latar belakang, analisis isu dan melihat isu tersebut melalui kacamata pendekatan ulama ahl Sunnah wa al-Jamaah. Kumpulan yang dimaksudkan dengan gerakan Salafiyyah dalam perbincangan ini, ialah mereka yang berpegang dengan fahaman yang dipelopori oleh Taqiyuddin Ibn Taymiyyah (1262 – 1327 M) dan Muhammad ‘Abd Wahab (1702-1787 M). Dari sudut fikah, mereka tidak terikat dengan mazhab yang tertentu. Sementara pengertian gerakan al-Asya`irah pula, ialah mereka yang mendokong pendekatan akidah yang dibawa oleh al-Imam Abu Hasan al-‘Asy`ari (874 – 936) dan al-Imam Abu Mansur alMaturidi. Dari aspek fikah pula mereka berpegang dengan mazhab Syafie. Pengertian gerakan Salafiyyah dan al-Asya`irah di atas mengikut penelitian penyelidik adalah dilihat melalui kerangka umum. Penulisan ini meneroka dari aspek punca pertembungan serta meneliti pendekatan ulama ahl Sunnah wa alJamaah dalam menangani isu ini. Berdasarkan kepada pendekatan tersebut, tuduhan takfir tidak wajar dilemparkan antara kedua-dua pihak, pertama, kerana kekufuran hanya boleh disabitkan oleh nas dan ijmak ulama. Kedua, pendekatan tidak menentukan kekufuran kepada peribadi tertentu secara khusus dan ketiga, tidak boleh mengumumkan kekufuran kepada umat Islam yang melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat. Apatah lagi, jika mereka yang jahil agama dan kejahilannya itu adalah penghalang yang mewajarkan tuduhan takfir.