Kelestarian alam sekitar taman negara Tasik Kenyir dan impak kesejahteraan kepada masyarakat orang asli sekitar
Taman Negara Tasik Kenyir merupakan suatu kawasan di negeri Terengganu yang memiliki kepelbagaian bio, sama ada flora dan fauna. Kewujudan Taman Negara ini adalah satu inisiatif pihak kerajaan Malaysia untuk melestari dan melindungi biodiversiti daripada ancaman dan kepupusan. Namun usaha kelestar...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/798/1/FH03-FSSG-17-09061.pdf http://eprints.unisza.edu.my/798/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English |
Summary: | Taman Negara Tasik Kenyir merupakan suatu kawasan di negeri Terengganu yang memiliki kepelbagaian
bio, sama ada flora dan fauna. Kewujudan Taman Negara ini adalah satu inisiatif pihak kerajaan Malaysia
untuk melestari dan melindungi biodiversiti daripada ancaman dan kepupusan. Namun usaha kelestarian ini
telah mula diancam beberapa masalah yang mampu merosakkan kelestarian alam sekitar Taman Negara dan
juga memberi impak kepada kesejahteraan hidup Orang Asli yang menjadikan kawasan Taman Negara
sebagai sebahagian tempat untuk mereka mencari sumber keperluan harian. Berasaskan isu berkenaan, kajian
dilakukan dengan tujuan mengetahui masalah ancaman yang wujud di Taman Negara Tasik Kenyir dan
cabarannya kepada kehidupan Orang Asli. Persoalannya, (i) apakah aktiviti yang mengancam kelestarian
Taman Negara dan Orang Asli, (ii) apakah impak kepada kehidupan masyarakat Orang Asli. Kajian ini telah
dilakukan dalam tempoh enam bulan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Data telah dikumpul dengan
melakukan kerja lapangan yang melibatkan komuniti Orang Asli di Kampung Sungai Berua, Hulu
Terengganu. Sepanjang kerja lapangan ini, teknik pemerhatian ikut serta, temubual dan kajian dokumen telah
digunakan untuk mengumpul data. Hasil kajian menunjukan terdapat berberapa aktiviti yang mengacam
kelestarian alam sekitar Taman Negara meliputi aktiviti pemburuan fauna yang dilindungi dan juga aktiviti
mengumpul khazanah hutan dengan tujuan komersial seperti gaharu dan candan. Implikasinya, kegiatan ini
telah mengancam kelestarian alam semulajadi dan mengancam kesejahteraan hidup Orang Asli seperti
berkurang dan pupusnya khazanah alam sekitar serta merosotnya pendapatan Orang Asli akibat daripada
persaingan memperolehi sumber alam sekitar. Bagi menangani masalah ini, penyelidik mencadangkan agar
sistem penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan penguatkuasa Taman Negara Tasik Kenyir perlu
dipertingkatkan dan diperkasakan lagi untuk memastikan kegiatan pencerobohan ini dapat dibendung. Oleh
itu hasil dapatan ini dapat dijadikan ilmu dan sumber maklumat kepada pelbagai kementerian, agensi
pelaksana, insititusi pengajian tinggi, penguatkuasa tempatan, masyarakat, dan pelajar bagi melakukan satu
kajian susulan, polisi dan program pembanggunan pada masa akan datang. |
---|