Kaedah kelahiran lotus birth menurut perubatan dan maqasid al-syariah

Kaedah kelahiran lotus birth merujuk kepada proses kelahiran yang mengekalkan tali pusat bersambung bersama bayi selepas dilahirkan. Kaedah ini didakwa mempunyai kebaikan dari aspek hubungan erat dengan ibu dari sudut bonding, membekalkan darah dan oksigen kepada bayi sehinggalah tali pusat terta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Khatijah, Ismail, Siti Fatimah, Salleh, Zurita, Mohd.Yusoff, Ridzwan, Ahmad
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/932/1/FH03-FKI-18-12945.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/932/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Kaedah kelahiran lotus birth merujuk kepada proses kelahiran yang mengekalkan tali pusat bersambung bersama bayi selepas dilahirkan. Kaedah ini didakwa mempunyai kebaikan dari aspek hubungan erat dengan ibu dari sudut bonding, membekalkan darah dan oksigen kepada bayi sehinggalah tali pusat tertanggal sendiri. Meskipun begitu, terdapat kontradiksi di antara alasan ini dengan fakta perubatan yang mengutamakan kaedah kelahiran selamat. Justeru, kertas kerja ini dibuat bagi menganalisis pro dan kontra isu ini dari perspektif perubatan dan maqasid al-syariah. Analisis terhadap fakta perubatan berkaitan dengan lotus birth dan temu bual bersama pakar Obstetrik dan Ginekologi serta penelitian terhadap karya ulama berkait konsep memelihara nyawa menunjukkan bahawa elemen mafsadah adalah lebih dominan berbanding dengan maslahah yang bersifat mawhumah. Sehubungan dengan itu, analisis dari perspektif perubatan dan konsep memelihara nyawa dalam maqasid alsyariah menunjukkan kepada pendekatan yang sama digunakan iaitu menjadikan keselamatan nyawa bayi sebagai suatu keutamaan seterusnya menolak amalan kaedah kelahiran ini dengan dakwaan yang bertentangan dengan konsep evidence based medicine.