Perancangan rapi dalam Silir Daksina dari perspektif pendekatan pengurusan

Kajian ini menekuni sebuah karya sastera menggunakan satu pendekatan yang telah diketengahkan dalam dunia kritikan sastera tanah air, iaitu Pendekatan Pengurusan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Terdapat lima prinsip bawah Pendekatan Pengurusan, iaitu Perancangan, Kepimpinan, Pengorganisasian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Mohamad Zuber, Mohamad, Akhmal Hakim, Johari, Arina
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Malay Studies, Universiti Malaya 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/100970/1/100970_Perancangan%20rapi%20dalam%20Silir%20Daksina.pdf
http://irep.iium.edu.my/100970/
https://ijie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/39756/15020
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini menekuni sebuah karya sastera menggunakan satu pendekatan yang telah diketengahkan dalam dunia kritikan sastera tanah air, iaitu Pendekatan Pengurusan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Terdapat lima prinsip bawah Pendekatan Pengurusan, iaitu Perancangan, Kepimpinan, Pengorganisasian, Penstafan dan Kawalan. Kajian ini memfokuskan prinsip pertama, iaitu Prinsip Perancangan. Prinsip Perancangan ini dianalisis berdasarkan Model Dimensi Perancangan yang diperkenalkan oleh Sara Beden (2018), iaitu (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi (iii) kajian semula strategi (iv) memilih strategi dan, (v) pencapaian objektif. Prinsip Perancangan ini diterapkan dalam novel Silir Daksina (2015) hasil karya Nizar Parman yang telah diangkat dalam sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bawah Komponen Sastera (KOMSAS) bagi pelajar Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) untuk Zon Sarawak. Kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks diaplikasikan bagi mencapai objektif utama kajian, iaitu mengenal pasti dan menganalisis Prinsip Perancangan yang terdapat dalam teks tersebut. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa Silir Daksina memperlihatkan kecenderungan yang tinggi dalam pengaplikasian prinsip perancangan berdasarkan Model Dimensi Perancangan. Prinsip Perancangan yang terdapat dalam novel ini amat signifikan, relevan dan bertepatan untuk diaplikasikan dalam bahan sastera menggunakan Pendekatan Pengurusan. Kajian ini jelas membuktikan bahawa karya sastera ini mampu membentuk dan menyemai satu sikap dan jati diri khususnya dalam aspek pengurusan yang baik dalam kalangan jiwa generasi muda hari ini. Impaknya, novel yang bertemakan kegigihan dan kecekalan anak muda ini yang diterapkan menggunakan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia adalah sesuatu yang wajar dan relevan untuk diketengahkan dan seterusnya dapat memberikan satu sumbangan yang kecil dalam dunia kritikan sastera tanah air dan pendidikan di Malaysia.