Menentang Panteisme: tafsiran ayat-ayat spiritual dalam Fathul Mubin Tulisan Al-Raniri

Pentafsiran al-Quran menurut Sufi seringkali berusaha untuk memberikan keutamaan kepada menjelaskan ayat-ayat yang menceritakan hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan Tuhan dengan alam kejadian. Kertas kerja ini akan mengkaji kontroversi pentafsiran al-Quran Wujudiyah pada abad ke-17 Acheh dan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nasir, Mohamad Nasrin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Malay
Published: ATMA UKM 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/101753/1/DrNasrin_eProsiding%20SEMALU%20II%202022.pdf
http://irep.iium.edu.my/101753/2/DrNasrin_eProsiding%20SEMALU%20II%202022.pdf
http://irep.iium.edu.my/101753/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Pentafsiran al-Quran menurut Sufi seringkali berusaha untuk memberikan keutamaan kepada menjelaskan ayat-ayat yang menceritakan hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan Tuhan dengan alam kejadian. Kertas kerja ini akan mengkaji kontroversi pentafsiran al-Quran Wujudiyah pada abad ke-17 Acheh dan kepulauan Melayu. Menurut Shaykhul Islam al-Raniri tafsiran mereka merupakan tafsiran panteisme dan ini adalah melencong dari ajaran tasawwuf yang murni dan juga ajaran Islam. Panteisme adalah sejenis falsafah yang mengajarkan tiada perbezaan antara makhluk dengan Tuhan. Dalam kata lain seluruh alam adalah jelmaan Tuhan secara essensi. Menurut al-Raniri ini adalah suatu fahaman terpeson kerana menyamakan alam dan makhluk dengan Tuhan. Kitab Fath al-Mubin ala al-Mulhidin telah ditulis al-Raniri untuk meluruskan tafsiran ini. Kitab ini terkandung kesemua ayat al-Quran yang digunakan oleh wujudiyah untuk menyebarkan ajaran mereka. Al-Raniri memberikan tafsiran yang bertentangan dengan tujuan meluruskan tafsiran. Walaupun begitu tafsiran al-Raniri masih lagi bersifat tafsiran yang berlandaskan kepada kefahamannya terhadap ajaran tasawwuf itu sendiri yang mengajarkan mengenai keterwujudan Tuhan di alam dan bagaimana alam merupakan tanda kewujudan Tuhan. Dengan menggunakan metod logik dan penilaian penghujahan, makalah ini akan membentangkan pentafsiran al-Raniri dalam usaha meluruskan pentafsiran wujudiyyah Acheh abad ke-17. Makalah ini juga akan membawa suatu pendekatan historis dalam pembentangan mengenai latarbelakang isu kontroversi antara al-Raniri dengan kumpulan Wujudiyah ini. Penilaian adalah berasaskan kepada ilmu tasawwuf-falsafah beserta penggunaan pelbagai perisitilahan dari kitab dalam bidang tasawwuf yang muktabar.