Mahkamah Persekutuan boleh semak keputusan kes kalimah
Isu kalimah Allah kembali hangat apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan kes berkaitan dengan rampasan cakera padat (CD) milik Jill Ireland mengandungi kalimah terlarang bagi ajaran agama selain Islam. Hakikatnya, isu ini sensitif bagi orang Islam, sekali gus menjadikan tindak...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
New Straits Times Press (M) Bhd.
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/104900/1/Mahkamah%20Persekutuan%20boleh%20semak%20keputusan%20kes%20kalimah_Berita%20Harian_18052023.pdf http://irep.iium.edu.my/104900/ https://www.bharian.com.my/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | Malay |
id |
my.iium.irep.104900 |
---|---|
record_format |
dspace |
spelling |
my.iium.irep.1049002023-05-30T04:06:12Z http://irep.iium.edu.my/104900/ Mahkamah Persekutuan boleh semak keputusan kes kalimah Hashim @ Wan Husain, Wan Ahmad Fauzi K1401 Intellectual Property KPG Malaysia Isu kalimah Allah kembali hangat apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan kes berkaitan dengan rampasan cakera padat (CD) milik Jill Ireland mengandungi kalimah terlarang bagi ajaran agama selain Islam. Hakikatnya, isu ini sensitif bagi orang Islam, sekali gus menjadikan tindakan berasaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 itu selari dengan peruntukan Perkara 11(5) Perlembagaan, iaitu kebebasan beragama tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan berlawanan mana-mana undang-undang am berhubungan ketenteraman dan kesihatan awam atau prinsip moral. Mengikut Menteri Dalam Negeri, penarikan itu disebabkan ia isu sivil dan bukan babitkan isu penggunaan kalimah Allah, selain KDN mendapati ada percanggahan antara keputusan dibuat Kabinet pada 19 Mei 1986 dan arahan pentadbiran dikeluarkan kementerian itu pada 5 Disember tahun sama. Di bawah arahan Kabinet, penganut Kristian boleh menggunakan empat perkataan bahasa Arab, iaitu ‘Allah’, ‘Baitullah’, ‘Solat’ dan ‘Kaabah’ dalam penerbitan mereka dengan syarat di luar kulit muka depan buku itu ditulis perkataan ‘Untuk agama Kristian’ tetapi arahan dikeluarkan KDN pada semua penerbitan agama Kristian pula bahawa penggunaan keempat-empat perkataan adalah dilarang. Bagaimanapun, kita perlu melihat implikasi penarikan rayuan kes Jill Ireland mengakibatkan kesan menjangkau jauh kerana terdapat isu penting belum dimuktamadkan. Isu pokok bukan semata-mata terhenti pada arahan pentadbiran kerajaan. Ini kerana jika itu isunya, arahan pentadbiran baharu selaras dengan titah Yang di-pertuan Agong dan keputusan Majlis Agama Islam Negeri boleh dikeluarkan. Mahkamah dalam kes berkenaan antaranya didapati belum menimbangkan peruntukan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam. Harus diingat pada 1989, hampir semua negeri sudah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam. Ada pihak menyatakan Sarawak pada 1923 sudah pun meluluskan undang-undang menyekat pengembangan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1989 bagi Pahang misalnya memperuntukkan adalah melakukan kesalahan jika dalam apa-apa tulisan, ucapan atau pernyataan awam yang ditujukan kepada suatu perhimpunan, dalam apa-apa ucapan, pernyataan diterbitkan atau disiarkan menggunakan mana-mana perkataan disenarai dalam Bahagian I Jadual Enakmen, bagi maksud agama bukan Islam. New Straits Times Press (M) Bhd. 2023-05-18 Article PeerReviewed application/pdf ms http://irep.iium.edu.my/104900/1/Mahkamah%20Persekutuan%20boleh%20semak%20keputusan%20kes%20kalimah_Berita%20Harian_18052023.pdf Hashim @ Wan Husain, Wan Ahmad Fauzi (2023) Mahkamah Persekutuan boleh semak keputusan kes kalimah. Berita Harian, MukaSepuluh (18 Mei 2023). p. 10. https://www.bharian.com.my/ |
institution |
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
building |
IIUM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
International Islamic University Malaysia |
content_source |
IIUM Repository (IREP) |
url_provider |
http://irep.iium.edu.my/ |
language |
Malay |
topic |
K1401 Intellectual Property KPG Malaysia |
spellingShingle |
K1401 Intellectual Property KPG Malaysia Hashim @ Wan Husain, Wan Ahmad Fauzi Mahkamah Persekutuan boleh semak keputusan kes kalimah |
description |
Isu kalimah Allah kembali hangat apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan kes berkaitan dengan rampasan cakera padat (CD) milik Jill Ireland mengandungi kalimah terlarang bagi ajaran agama selain Islam.
Hakikatnya, isu ini sensitif bagi orang Islam, sekali gus menjadikan tindakan berasaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 itu selari dengan peruntukan Perkara 11(5) Perlembagaan, iaitu kebebasan beragama tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan berlawanan mana-mana undang-undang am berhubungan ketenteraman dan kesihatan awam atau prinsip moral. Mengikut Menteri Dalam Negeri, penarikan itu disebabkan ia isu sivil dan bukan babitkan isu penggunaan kalimah Allah, selain KDN mendapati ada percanggahan antara keputusan dibuat Kabinet pada 19 Mei 1986 dan arahan pentadbiran dikeluarkan kementerian itu pada 5 Disember tahun sama.
Di bawah arahan Kabinet, penganut Kristian boleh menggunakan empat perkataan bahasa Arab, iaitu ‘Allah’, ‘Baitullah’, ‘Solat’ dan ‘Kaabah’ dalam penerbitan mereka dengan syarat di luar kulit muka depan buku itu ditulis perkataan ‘Untuk agama Kristian’ tetapi arahan dikeluarkan KDN pada semua penerbitan agama Kristian pula bahawa penggunaan keempat-empat perkataan adalah dilarang.
Bagaimanapun, kita perlu melihat implikasi penarikan rayuan kes Jill Ireland mengakibatkan kesan menjangkau jauh kerana terdapat isu penting belum dimuktamadkan. Isu pokok bukan semata-mata terhenti pada arahan pentadbiran kerajaan.
Ini kerana jika itu isunya, arahan pentadbiran baharu selaras dengan titah Yang di-pertuan Agong dan keputusan Majlis Agama Islam Negeri boleh dikeluarkan. Mahkamah dalam kes berkenaan antaranya didapati belum menimbangkan peruntukan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam.
Harus diingat pada 1989, hampir semua negeri sudah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam. Ada pihak menyatakan Sarawak pada 1923 sudah pun meluluskan undang-undang menyekat pengembangan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam.
Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1989 bagi Pahang misalnya memperuntukkan adalah melakukan kesalahan jika dalam apa-apa tulisan, ucapan atau pernyataan awam yang ditujukan kepada suatu perhimpunan, dalam apa-apa ucapan, pernyataan diterbitkan atau disiarkan menggunakan mana-mana perkataan disenarai dalam Bahagian I Jadual Enakmen, bagi maksud agama bukan Islam. |
format |
Article |
author |
Hashim @ Wan Husain, Wan Ahmad Fauzi |
author_facet |
Hashim @ Wan Husain, Wan Ahmad Fauzi |
author_sort |
Hashim @ Wan Husain, Wan Ahmad Fauzi |
title |
Mahkamah Persekutuan boleh semak keputusan kes kalimah |
title_short |
Mahkamah Persekutuan boleh semak keputusan kes kalimah |
title_full |
Mahkamah Persekutuan boleh semak keputusan kes kalimah |
title_fullStr |
Mahkamah Persekutuan boleh semak keputusan kes kalimah |
title_full_unstemmed |
Mahkamah Persekutuan boleh semak keputusan kes kalimah |
title_sort |
mahkamah persekutuan boleh semak keputusan kes kalimah |
publisher |
New Straits Times Press (M) Bhd. |
publishDate |
2023 |
url |
http://irep.iium.edu.my/104900/1/Mahkamah%20Persekutuan%20boleh%20semak%20keputusan%20kes%20kalimah_Berita%20Harian_18052023.pdf http://irep.iium.edu.my/104900/ https://www.bharian.com.my/ |
_version_ |
1768006392227037184 |