Surah Yūsuf dari lensa dakwah dan pendidikan: kajian analitikal
Allah telah mensyariatkan agama Islam demi menjamin kebahagiaan dan kebajikan manusia, serta menjadi pedoman dan faktor keselamatan di dunia dan akhirat. Allah juga telah mengutus para rasul, menurunkan kitab, agar manusia melaksanakan keadilan dalam setiap urusan dan perhubungan mereka. Termasuk da...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay English English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/106080/1/Surah%20Yusuf%20dari%20lensa%20dakwah%20%26%20pendidikan.pdf http://irep.iium.edu.my/106080/7/poster.jpg http://irep.iium.edu.my/106080/8/ACCEPTANCE%20LETTER%20MRK1.pdf http://irep.iium.edu.my/106080/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | Malay English English |
Summary: | Allah telah mensyariatkan agama Islam demi menjamin kebahagiaan dan kebajikan manusia, serta menjadi pedoman dan faktor keselamatan di dunia dan akhirat. Allah juga telah mengutus para rasul, menurunkan kitab, agar manusia melaksanakan keadilan dalam setiap urusan dan perhubungan mereka. Termasuk dalam manifestasi rahmat Allah, Allah telah menjelaskan tentang dakwah dalam Kitab-Nya, “Beritahu mereka: Inilah jalanku, aku menyeru kepada Allah dengan petunjuk, begitu juga sesiapa yang menurutiku. Maha Suci Allah! Aku tidak termasuk dalam kalangan orang-orang musyrik”. Allah juga menerangkan berkenaan metodologi dakwah, “Serulah kepada jalan Tuhanmu, dengan kebijaksanaan, pesanan yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik”. Selain itu. Allah juga menetapkan asas dakwah dalam firman-Nya, “Sesiapa yang menyeru sembahan lain selain Allah, padahal tiada bukti baginya, maka perhitungannya kembali kepada Tuhan-Nya. Sungguh! Orang kafir tidak pernah berjaya”. Surah Yūsuf banyak menyentuh bicara berkenaan aspek dakwah dan pendidikan yang boleh dijadikan rumah api oleh para penggiat dakwah dalam menakhoda perjalanan dakwah mereka, menjadikan surah ini topik kajian yang wajar untuk diketengahkan. Antara persoalan yang menjadi objektif kajian ini adalah: Apakah tema-tema yang terdapat dalam surah ini? Bagaimanakah cara memaut hati sesama manusia? Apakah sisi terpenting dakwah dan pendidikan yang boleh dipelajari dari surah ini? Demi menjawab semua persoalan ini, pengkaji telah menggunakan kaedah deskriptif dan analitikal bagi menjelaskan tatacara istinbat metodologi dakwah dalam surah Yūsuf. Kajian ini menyumbang dalam bidang dakwah dan pendidikan melalui penemuan semula aspek-aspek dakwah dalam surah Yusuf. Antara dapatan terpenting kajian ini: Penceritaan merupakan metode pendidikan penting yang tidak boleh diabaikan; cerita di dalam al-Quran adalah kisah benar, bukan dongeng; para pendakwah sangat terdedah dengan ujian positif dan negatif; keperluan untuk berwaspada dengan fitnah wanita lebih-lebih lagi di era yang mencabar ini. Kajian mengusulkan kepada para ulama dan pendakwah untuk memberi penekanan terhadap kisah-kisah Qurani, kerana melalui kajian ekstrapolasi, terbukti kisah-kisah Qurani mendominasi sepertiga al-Quran. |
---|