Mata wang BRICS bukti dunia sedia terima pembaharuan.
Sorotan lensa ekonomi dunia minggu lalu dihangatkan penegasan Presiden Russia, Vladimir Putin bahawa kesatuan BRICS komited terhadap pelan kesatuan untuk mengeluarkan mata wang sendiri yang harganya bakal didukung emas, sekali gus menghentikan dominasi dan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarika...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
New Straits Times Press (M) Bhd.
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/106714/1/Mata%20wang%20BRICS%20bukti%20dunia%20sedia%20terima%20pembaharuan_Berita%20Harian_06092023_P12.pdf http://irep.iium.edu.my/106714/ https://api.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2023/09/1149053/mata-wang-brics-bukti-dunia-sedia-terima-pembaharuan |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | Malay |
Summary: | Sorotan lensa ekonomi dunia minggu lalu dihangatkan penegasan Presiden Russia, Vladimir Putin bahawa kesatuan BRICS komited terhadap pelan kesatuan untuk mengeluarkan mata wang sendiri yang harganya bakal didukung emas, sekali gus menghentikan dominasi dan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS).
Ketika berucap pada Sidang Kemuncak BRICS Ke-15 di Johannesburg, Putin optimis langkah penggantian mata wang asing (de-dollarization) diusahakan BRICS ialah inisiatif bersifat proaktif sejajar gesaan mewujudkan paradigma baharu untuk kelestarian kewangan global masa depan.
Kenyataan beliau senada dengan luahan rakan sejawatnya dari Brazil, Presiden Luiz Inacio Lula da Silva berterusan mempersoalkan kewajaran dunia merelakan ketidaktentuan pasaran ekonomi dunia yang ketika ini dipacu pergerakan dolar.
Hakikatnya, gesaan dan dorongan merejuvenasi sistem mata wang antarabangsa bukanlah baharu. Ia pernah berkali-kali digagaskan beberapa negara, terutama yang terbabit dalam konfrontasi dengan AS atau Kesatuan Eropah (EU). |
---|