Strategi Kesantunan dalam Filem Melayu Klasik Damaq
Kajian ini menekuni bidang kesantunan daripada perspektif ilmu pragmatik. Isu kesantunan Melayu yang terkandung di dalam filem Melayu klasik Damaq dijadikan tunjang utama kajian dengan berpandukan Model Kesantunan Brown dan Levinson (1987). Kajian ini menggariskan dua objektif, iaitu mengenal pasti...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Proceeding Paper |
Language: | English |
Published: |
KLM
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/109252/1/ICLET%202023%201.pdf http://irep.iium.edu.my/109252/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini menekuni bidang kesantunan daripada perspektif ilmu pragmatik. Isu kesantunan Melayu yang terkandung di dalam filem Melayu klasik Damaq dijadikan tunjang utama kajian dengan berpandukan Model Kesantunan Brown dan Levinson (1987). Kajian ini menggariskan dua objektif, iaitu mengenal pasti strategi kesantunan dan menganalisis penggunaannya dalam filem Damaq. Lima strategi kesantunan B&L, iaitu (i) strategi Berterus-terang (SBB), (ii) strategi kesantunan positif (SKP), (iii) strategi kesantunan negatif (SKN), (iv) strategi kesantunan tidak langsung (STL), dan (v). Strategi tidak melakukan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dianalisis dalam 11 babak dengan 24 konteks perbualan dan jumlah keseluruhan 198 dialog daripada lima watak. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif melalui lima metod, iaitu (i) kaedah kepustakaan, (ii) kaedah muat turun bahan, (iii) kaedah transkripsi, (iv) kaedah analisis teks dan (v) kaedah penjadualan data. Hasil analisis mendapati bahawa keempat-empat strategi kesantunan B&L diaplikasikan oleh watak Damaq, Anggerik, Bujang, Kenanga dan Gegala dalam tiga variasi pilihan strategi kesantunan yang berbeza-beza. Tiga strategi, iaitu SKP, SKN dan STL didapati memperlihatkan aplikasi yang sama dominan dengan perbezaan jumlah dan peratusan yang sangat rendah; membuktikan bahawa setiap watak telah mempamerkan usaha yang tinggi untuk menyantuni di antara satu sama lain serta khalayak penonton demi mencapai matlamat komunikasi yang ditetapkan. |
---|