Keputusan kes Nik Elin buka ruang perkasa undang-undang syariah

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah pada 9 Februari lalu menerima reaksi berbeza. Terdapat tohmahan melampau pihak berpegang Islam hanya berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syaria...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hashim @ Wan Husain, Wan Ahmad Fauzi
Format: Article
Language:Malay
Published: New Straits Times Press (M) Bhd. 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/111004/1/Keputusan%20kes%20Nik%20Elin%20buka%20ruang%20perkasa%20undang-undang%20syariah_Berita%20Harian_13022024_p10.pdf
http://irep.iium.edu.my/111004/
https://api.bharian.com.my/kolumnis/2024/02/1211919/keputusan-kes-nik-elin-buka-ruang-perkasa-undang-undang-syariah
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: Malay
Description
Summary:KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah pada 9 Februari lalu menerima reaksi berbeza. Terdapat tohmahan melampau pihak berpegang Islam hanya berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kumpulan ini melihat Mahkamah Sivil sebagai mahkamah tidak syarie. Kedudukan Mahkamah Sivil akan lebih jelas jika diterjemahkan sebagai Mahkamah Awam membezakan bidang kuasanya dengan Mahkamah Syariah. Perenggan [7] Ringkasan Penghakiman petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman sewajarnya disambut baik apabila mahkamah membuat pemerhatian berikut: "Mahkamah Syariah di Malaysia, setakat hari ini, tidak melaksanakan hukuman hudud atau qisas, hanya takzir. Mahkamah sivil juga melaksanakan hukuman takzir. Sebegitu, tidak ada bezanya Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil kerana kedua-dua sistem syariah dan sivil melaksanakan hukuman takzir. Perbezaannya cuma hukuman takzir dilaksanakan Mahkamah Syariah bersumberkan atau mengikut undang-undang ditetapkan pemerintah di peringkat negeri dan diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala hukuman takzir dilaksanakan Mahkamah Sivil mengikut undang-undang ditetapkan pemerintah di peringkat Persekutuan diluluskan Parlimen."