Peranan dan cabaran pusat mediasi mahkamah dalam penyelesaian kes pertikaian di Malaysia (The role and challenges of the court mediation centre in resolving disputes in Malaysia)
Terdapat peningkatan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang penyelesaian melalui mahkamah. Jika terdapat pertikaian yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dan gagal diselesaikan secara baik, tempat yang mereka tuju sudah semestinya mahkamah. Disebabkan hal itu, kes di mahkamah se...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Dewan Bahasa dan Pustaka
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/111585/7/111585_Peranan%20dan%20cabaran%20pusat%20mediasi%20mahkamah.pdf http://irep.iium.edu.my/111585/ https://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun https://doi.org/10.37052/kanun.36(1)no7 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Terdapat peningkatan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang
penyelesaian melalui mahkamah. Jika terdapat pertikaian yang berlaku
dalam kehidupan seharian mereka dan gagal diselesaikan secara baik,
tempat yang mereka tuju sudah semestinya mahkamah. Disebabkan
hal itu, kes di mahkamah semakin meningkat sehingga menyebabkan banyak kes di mahkamah terpaksa ditangguhkan atau ditunda ke suatu
tarikh yang lain. Perkara seperti ini secara tidak langsung memberikan
imej buruk atau negatif kepada institusi kehakiman di Malaysia. Oleh itu,
untuk mengelakkan perkara ini daripada menjadi tidak terkawal, hakim
di mahkamah mencadangkan pihak-pihak yang terlibat untuk bermediasi
di Pusat Mediasi Mahkamah yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Sivil.
Walaupun pusat mediasi ini telah lama bertapak di Malaysia, kebanyakan
rakyat Malaysia masih tidak tahu akan kewujudannya. Oleh itu, objektif
utama kajian ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada orang
ramai tentang pusat mediasi ini dan menilai peranan dan cabaran yang
terdapat di pusat mediasi ini untuk menyelesaikan pertikaian. Kajian ini
mengguna pakai penyelidikan berasaskan kepustakaan, iaitu peruntukan
undang-undang, kes mahkamah, buku teks, artikel jurnal, akhbar,
prosiding persidangan dan kertas seminar. Kaedah temu bual secara
berstruktur juga dilakukan kepada pegawai mahkamah atau mediator
yang dilantik. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa Pusat
Mediasi Mahkamah ini sebenarnya berkesan dalam usaha menyelesaikan
pertikaian khususnya pertikaian keluarga. Oleh itu, pelbagai usaha
perlu dipergiatkan agar kesemua cabaran yang ada di Pusat Mediasi
Mahkamah ini dapat diatasi secara efektif selain dapat meningkatkan
kesedaran orang ramai tentang kewujudan Pusat Mediasi Mahkamah |
---|