Isu antara agama: sorotan awal kemerosotan toleransi agama Malaysia

Toleransi merupakan kunci yang membentuk keharmonian dan perpaduan antara penganut antara agama. Namun begitu, timbulnya isu-isu antara agama boleh menjejaskan hubungan antara penganut agama jika tidak dibendung dengan lebih awal. Justeru, artikel ini bertujuan meneroka dan menganalisa apakah isu-...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Zain, Aemy Elyani, Ibrahim, Haslina, Ismail, Nazneen, Ismail, Safinah, Abu Hassan, Nur Aisyah, Dass Meral, Fatin Farzana
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Islam Selangor 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/114780/8/114780_Isu%20antara%20agama%20sorotan%20awal%20kemerosotan.pdf
http://irep.iium.edu.my/114780/
https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/190/119
https://doi.org/10.53840/ejpi.v11i2.190
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
Description
Summary:Toleransi merupakan kunci yang membentuk keharmonian dan perpaduan antara penganut antara agama. Namun begitu, timbulnya isu-isu antara agama boleh menjejaskan hubungan antara penganut agama jika tidak dibendung dengan lebih awal. Justeru, artikel ini bertujuan meneroka dan menganalisa apakah isu-isu antara agama yang dilaporkan dalam dapatan kajian yang lalu. Bagi mendapatkan data-data tersebut, kaedah kualitatif telah digunakan. Kaedah perpustakaan digunakan untuk mendapatkan dan meneliti bahan-bahan cetakan artikel ilmiah, tesis dan akhbar berkaitan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa dua isu utama yang menjadi jurang dalam usaha pemupukan semangat toleransi antara penganut agama di Malaysia ialah i) pendedahan media sosial dan politik semasa, ii) kurang pengetahuan terhadap agama yang dianuti dan kurang pendedahan terhadap agama-agama lain. Justeru, artikel ini mencadangkan agar isu-isu antara agama yang telah berlaku perlu diberi perhatian supaya ia boleh dibendung seawal mungkin oleh pihak yang berautoriti dan berkepentingan. Selain daripada itu, bagi mencapai kesepaduan yang lebih mendalam, perlu juga diselidiki bagaimana faktor-faktor sosial, ekonomi dan pendidikan boleh memainkan peranan dalam membentuk landskap toleransi agama dalam kalangan masyarakat pelbagai agama di negara ini. Usaha ini perlu menggembeling usaha secara kolektif dari semua pihak termasuk pemerintah, masyarakat sivil dan institusi agama.