Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (Malaysia Action Plan on Preventing and Countering Violent Extremism - MyPCVE)

Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan. Kesinambungan Malaysia dalam kesepaduan rakyat, wilayah, kerajaan, kedaulatan dan pengiktirafan antarabangsa dinaungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan menjadi asa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: El-Muhammady, Ahmad, Mohd Yusof, Danial, Said, Jamaliah, Hamat, Mohd Fauzi, Abdullah, Kamarulnizam, Hanafiah, Mohd Hizam, Jalil, Abdullah, Wahab, Muhammad Rashidi, Mohamed, Norhayati, Syed Yusuf, Sharifah Norzehan, Kasim, Eley Suzana, Mohamad, Maslinawati, Ahmad Nadzri, Farah Aida, Zolkafli, Salwa, Daud, Dalila, Shafiee, Nur Aima, Mohamed, Norazida, Said, Roshima, Omar, Normah, Atan, Rohaya, Mistar, Noor Azhar, Zahari, Afzal Izzaz, Raja Mohd Naguib, Raja Muhammad Khairul Akhtar, Johari, Zulaikha Amirah, Razali, Nuur Rajihah
Format: Monograph
Language:English
English
English
English
Published: MOHA 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/115702/1/Surat%20Ucapan%20Terima%20Kasih%20dan%20Penghargaan%20Pembangunan%20MyPCVE.pdf
http://irep.iium.edu.my/115702/2/%5BENG%5D%20A4_Executive%20Summary%20MyPCVE_FINAL.pdf
http://irep.iium.edu.my/115702/3/%5BBM%5D%20A4_Ringkasan%20Eksekutif%20MyPCVE_FINAL.pdf
http://irep.iium.edu.my/115702/18/MyPCVE%202024%20intro.pdf
http://irep.iium.edu.my/115702/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
English
English
English
Description
Summary:Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan. Kesinambungan Malaysia dalam kesepaduan rakyat, wilayah, kerajaan, kedaulatan dan pengiktirafan antarabangsa dinaungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan menjadi asas kepada kerjasama, keadilan dan hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara dan dilindungi. Fahaman pelampau yang menjurus kepada keganasan merupakan satu ancaman keselamatan dan ketenteraman dalam negara dan global yang perlu dihadapi secara menyeluruh. Fahaman pelampau keganasan merangkumi fahaman pelampau politik, sosial, agama dan elemen luar. Kejadian keganasan yang berlaku di serata dunia dan di rantau Asia Tenggara perlu diambil pedoman agar ia tidak berlaku atau bertapak di Malaysia. Sebuah pelan tindakan perlu dibangunkan agar kerajaan dan rakyat memahami secara menyeluruh pendekatan yang diambil dalam menghadapi ancaman ini. Pelan ini perlu berasaskan beberapa nilai yang konsisten dengan kerangka MADANI yang diperkenalkan kerajaan sekarang. Nilai dan budaya rakyat yang beradab, seimbang antara ilmu dan akal, hormat-menghormati, yakin dan peka dengan perubahan dunia luar, harus menjadi benteng pertama dalam menghadapi ancaman fahaman pelampau yang menjurus kepada keganasan. Sehubungan itu, kerangka MADANI yang diperkenalkan kerajaan merupakan suatu ikhtiar untuk menghasilkan rakyat yang mempunyai kecerdikan budaya yang tinggi, bersifat ihsan dan peduli, hormat-menghormati, mampu menghadapi cabaran semasa dan bersedia untuk masa hadapan. Kesemua enam komponen dalam kerangka MADANI: keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan, Ihsan, berfungsi secara bersepadu dan holistik. Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan atau Malaysia Action Plan on Preventing and Countering Violent Extremism (MyPCVE) mengambil kira struktur sosial negara yang berbilang kaum, budaya dan agama. Kerangka MADANI menjadi tonggak utama memacu kejayaan pelaksanaan inisiatif MyPCVE. MyPCVE akan menjadi pelan tindakan yang komprehensif dan terangkum melibatkan pelbagai pemegang taruh di Malaysia. MyPCVE merangkumi empat (4) teras utama iaitu pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan pengukuhan. Setiap teras mempunyai beberapa fokus strategik, yang akan dilaksanakan melalui inisiatif terpilih dan diukur pencapaiannya melalui petunjuk prestasi utama. Inisiatif yang dibangunkan akan dilaksanakan secara bersinergi oleh pelbagai agensi yang telah dikenal pasti bagi mencegah dan menangani ancaman fahaman pelampau keganasan di Malaysia.