Istiadat ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung mengadap menjunjung duli di Negeri Sembilan: satu tinjauan dari perspektif syarak

Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap Duli yang diamalkan di Negeri Sembilan adalah sebuah upacara tradisional di Negeri Sembilan yang menggabungkan elemen adat Perpatih dengan elemen kesultanan Melayu di bawah naungan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Dalam konteks adat Perp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mochammad Sahid, Mualimin, Fettane, Amar, Chaedar, Syed Mohammad, Zulkifli, Zulkifli
Format: Proceeding Paper
Language:Malay
Published: Penerbit USIM 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/117432/7/117432_Istiadat%20ulangan%20Penghulu%20Luak.pdf
http://irep.iium.edu.my/117432/
https://penerbit.usim.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: Malay
Description
Summary:Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap Duli yang diamalkan di Negeri Sembilan adalah sebuah upacara tradisional di Negeri Sembilan yang menggabungkan elemen adat Perpatih dengan elemen kesultanan Melayu di bawah naungan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Dalam konteks adat Perpatih ia merupakan aspek penting dalam mengekalkan keharmonian dan kestabilan masyarakat di Negeri Sembilan. Dari perspektif Syarak, istiadat ini juga mencerminkan prinsip-prinsip Islam yang menggariskan peri pentingnya ketaatan kepada pemimpin demi mengekalkan persatuan, kekuatan dan keamanan pemerintahan. Disamping itu, istiadat ini juga menjadi faktor yang signifikan dalam mengekalkan warisan adat Perpatih yang merupakan amalan masyarakat di Negeri Sembilan yang memperkukuh ketaatan kepada pemimpin. Artikel ini bertujuan menjelaskan maksud dan tujuan di sebalik istiadat yang unik ini serta kaitannya dengan prinsip Syarak menerusi Kaedah Fiqh "Tasarruf Al-Imam Manutun Bi Al-Maslahah" (Tindakan pemimpin ke atas rakyatnya mesti berdasarkan unsur kemaslahatan). Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dan kepustakaan dengan menganalisa isu yang dikaji merujuk kepada pelbagai sumber rujukan primer dan sekunder. Di antara hasil kajian adalah bahawa Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap Duli yang diamalkan sehingga ke hari ini bukan sahaja penting dalam konteks melestarikan budaya dan adat sahaja, tetapi juga mempunyai signifikan yang mendalam dari perspektif Syarak kerana mencerminkan hubungkait di antara adat dan syarak dalam mengekalkan kestabilan, keharmonian, dan keadilan dalam masyarakat khasnya di Negeri Sembilan.