Kajian pengamalam penerapan nilai-nilai murni dan budaya korporat di kalangan anggota hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Pengenalan: Jawatankuasa Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditubuhkan pada tahu 1990. Tiga nilai utama telah dikenalpasti iaitu penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme. Pada tahun 1995, dua jawatan kuasa utama telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Penasihat dan Jawatankuasa...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
Institute for Health Management
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/45608/3/Dr_Zetty_research_book.pdf http://irep.iium.edu.my/45608/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pengenalan: Jawatankuasa Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditubuhkan pada tahu 1990. Tiga nilai utama telah dikenalpasti iaitu penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme. Pada tahun 1995, dua jawatan kuasa utama telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Penasihat dan Jawatankuasa Kerja Budaya Korporat. Pada tahun yang sama penilaian nilai-nilai murni dan budaya korporat telah dijalankan dibawah peruntukan Intensification of Research Priority Areas (IRPA). Kajian pada kali ini adalah merupakan kajian ketiga menggunakan kaedah kajian yang sama bagi menilai pengamalan nilai-nilai murni dan budaya korporat.
Objektif: Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahan pengamalan nilai-nilai murni dan budaya korporat di kalangan anggota yang bertugas di hospital KKM serta mengenalpasti strategi yang paling berkesan bagi meningkatkan pengamalan nilai-nilai murni dan budaya korporat di kalangan mereka.
Metodologi: Kajian ini merupakan kajian cross-sectional. Ia telah dijalankan dari bulan November 2012- Februari 2013. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada semua anggota di hospital. kajian ini menggunakan borang kaji selidik yang telah digunakan semasa dua kajian yang terdahulu dengan sedikit penambahbaikan. Data dianalisis menggunakan 'Statistical Package for Social Sciences' (SPSS) Version 17.
Hasil kajian: Sebanyak 36,302 daripada 42,806 borang kaji selidik yang diedar kepada anggota kerja hospital kerajaan seluruh negara dikembalikan memberikan kadar respon keseluruhan sebanyak 84.8%. Secara keseluruhan, hampir kesemua anggota (99%) bersetuju bahawa mereka mengamalkan nilai-nilai murni dan budaya korporat semasa menjalankan tugas. hampir kesemua anggota juga (96.6%) bersetuju bahawa rakan sekerja mereka mengamalkan nilai-nilai murni dan budaya korporat semasa menjalankan tugasan. |
---|