Perbahasan tentang teori hukum mad far’i dari perspektif ilmu qiraat
Teori hukum Madd Far’ei adalah satu kaedah yang dicipta oleh para Qurra’ dalam memastikan kadar pemanjangan sesuatu Madd itu tidak terkeluar daripada apa yang telah diputuskan oleh para Qurra sebagai bacaan yang mutawatirah. Namun begitu berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/55130/1/55130_PERBAHASAN%20TENTANG%20TEORI.pdf http://irep.iium.edu.my/55130/ https://www.unisza.edu.my/sq2015/proceeding/sq2015_proceeding.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Teori hukum Madd Far’ei adalah satu kaedah yang dicipta oleh para Qurra’ dalam memastikan kadar pemanjangan sesuatu Madd itu tidak terkeluar daripada apa yang telah diputuskan oleh para Qurra sebagai bacaan yang mutawatirah. Namun begitu berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya di Malaysia tentang kefahaman yang sebenar berkaitan dengan teori hukum Madd Far’ei. Hal ini demikian kefahaman terhadap teori tersebut hanya bergantung kepada kefahaman Riwayat Hafs b. Sulayman al-Kufi sahaja sedangkan kefahaman yang sebenarnya perlu meliputi keseluruhan ikhtiyar imam yang mutawatirah. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menyingkap kefahaman yang tepat mengenai teori hukum Madd Far’ei berdasarkan ikhtiyar kesemua imam yang mutawatirah. Ia juga bertujuan memperlihatkan secara umum bahawasanya kefahaman tentang ilmu tajwid itu perlu selari dengan kefahaman ilmu Qiraat. Kajian berbentuk diskriptif ini akan membahaskan pandangan para Qurra berkaitan hukum Madd Far’ei serta kesimpulannya yang menatijahkan teori hukum tersebut. Kesemua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawasanya kefahaman sebenarnya tentang teori Madd Far’ei memerlukan kefahaman yang menyeluruh terhadap ikhtiyar para imam yang mutawatirah terhadap pemanjangan Madd Far’ei itu sendiri. Jikalau teori ini hanya disandarkan kepada pemanjangan Madd Far’ei berdasarkan Riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi sahaja, ianya akan membantutkan kefahaman yang sebenar tentang ruang lingkup riwayat Hafs b. Sulayman al-Kufi khasnya, dan kesemua bacaan al-Qur’an yang mutawatirah amnya
The theory of Madd Far’ei was created by Qurra’ to ensure the lengthenings of any Madd are within the guides outlined in mutawatirah readings. However, there is still confusion in terms of the genuine theory of Madd Far’ei among the Muslim community, especially in Malaysia. It is due to the limitation of knowledge that based only on the reading of Hafs bin Sulayman al-Kufi, whereas the knowledge includes the overall ikhtiyar of the mutawatirah imams. Therefore, this study aims to explore the genuine theory of Madd Far’ei based on the overall ikhtiyar of the mutawatirah imams. It also targets to reveal that the knowledge of tajwid should also be based on the knowledge of Qiraat. This descriptive study discusses the views of Qurra with regard to Madd Far’ei and its conclusion that leads to the outcome of the rules. All data are analysed using inductive and deductive approaches. The findings reveal that the understanding of the theory of Madd Far’ei needs a comprehensive knowledge on the ikhtiyar of the mutawatirah imams on the lengthenings of Madd Far’ei. If the theory of Madd Far’ei is only based on the reading of Hafs bin Sulayman al-Kufi, it especially limits the overall knowledge of the reading itself and generally the overall various mutawatirah readings. |
---|