Peranan media dalam memberi kefahaman ke atas kepentingan zakat pendapatan sebagai alternatif kepada cukai pendapatan: kajian ke atas kakitangan kerajaan
Perlaksanaan kewajipan melunaskan pembayaran zakat ke atas orang Islam adalah sama sebagaimana kefarduan solat. Di Malaysia, zakat pendapatan dilihat sebagai penyumbang terbesar kepada punca zakat berbanding jenis-jenis zakat yang lain (Hairunnizam, Sanep & Mohd. Ali, 2007). Akan tetapi, sehingg...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Office of Research and Development, Fatoni University, Thailand
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/66676/1/66676_Peranan%20media%20dalam%20memberi%20kefahaman.pdf http://irep.iium.edu.my/66676/ http://seipti2018.usim.edu.my/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Perlaksanaan kewajipan melunaskan pembayaran zakat ke atas orang Islam adalah sama sebagaimana kefarduan solat. Di Malaysia, zakat pendapatan dilihat sebagai penyumbang terbesar kepada punca zakat berbanding jenis-jenis zakat yang lain (Hairunnizam, Sanep & Mohd. Ali, 2007). Akan tetapi, sehingga hari ini kesedaran ke atas tuntutan membayar zakat pendapatan itu tidak berlaku secara menyeluruh. Kajian lepas menunjukkan majoriti penjawat awam masih memilih potongan gaji berjadual untuk pembayaran cukai pendapatan berbanding zakat pendapatan (Hairunnizam et. al, 2007). Justeru, penyelidik telah memilih untuk mengkaji sejauh mana media di Malaysia memainkan peranan dalam memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia mengenai kepentingan zakat pendapatan sebagai alternatif kepada cukai pendapatan. Kajian yang dijalankan secara kuantitatif melibatkan kaedah survey adalah bertujuan untuk mengukur 1) keberkesanan media dalam memberi kefahaman terhadap isu ini dan 2) mengukur tahap kefahaman kakitangan kerajaan. Sejumlah 500 orang kakitangan awam dalam kalangan kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 dan ke atas) sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai responden dan menyertai kajiselidik ini bagi memenuhi objektif-objektif kajian yang telah digariskan. |
---|