Agama kaum Cina bukan Muslim di Malaysia

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Antaranya ialah kaum Cina. Mereka terdiri daripada pelbagai etnik yang memeluk variasi agama dan mengamalkan kepercayaan masing-masing, dengan bebas dan aman. Umumnya masyarakat Melayu Muslim lebih mengenali mereka dari jendela politik, domin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ramli, Kasim, Ma Zhengbin, Yunus Abdullah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Program Pengajian Akidah dan Agama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/67704/1/67704_Agama%20Kaum%20Cina%20Bukan%20Muslim%20di%20Malaysia.pdf
http://irep.iium.edu.my/67704/
https://www.facebook.com/sigmaperwadah.usim/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
Description
Summary:Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Antaranya ialah kaum Cina. Mereka terdiri daripada pelbagai etnik yang memeluk variasi agama dan mengamalkan kepercayaan masing-masing, dengan bebas dan aman. Umumnya masyarakat Melayu Muslim lebih mengenali mereka dari jendela politik, dominasi perniagaan, kewujudan bersama, hubungan kepartian dan paparan media. Pengetahuan mereka mengenai agama anutan dan kepercayaan pegangan kaum Cina adalah sangat rendah dan nipis. Bagi para pendakwah, mengenali dan mengetahui kepelbagian agama dan amalan mereka adalah mustahak. Antaranya ialah sembahan berhala seperti Budhisme, kepercayaan kepada hantu jembalang dan kuasa jahat seperti Taoisme, sifar perubahan dalam kehidupan seperti Kristianisme, ketiadaan jatidiri dan keaslian agama seperti ajaran moral dan pemujaan roh nenek moyang oleh semua kaum Cina juga keterlibatan semua agama Cina dalam semua perayaan dan adat resam. Dengan ini, para pendakwah mampu melakar pendekatan, strategik dan hujjah untuk mendekati golongan sasaran secara hikmah dan berpedoman. Pembentangan ini bertujuan 1) menyingkap kebenaran al-Quran berkaitan variasi agama dalam konteks tempatan, 2) menghayati legasi dan sumbangan para sarjana Muslim silam yang peka terhadap persekitaran yang sinonim dengan kelahiran kepelbagaian pegangan, 3) mengenalpasti pelbagai pendekatan dakwah yang relevan dengan golongan sasaran, 4) menyedarkan masyarakat Melayu Muslim supaya mengenali kaum Cina berdasarkan agama anutan mereka melebihi pertimbangan yang lain. Metodologi pembentangan ini berasaskan temubual sesetengah para penganut agama juga lawatan ke beberapa institusi agama, pertubuhan kebajikan dan kebudayaan kaum Cina.