Garis panduan Pusat Bersalin Alternatif (ABC) di Klinik Kesihatan.

Kelahiran selamat merupakan salah satu dari empat (4) tunggak utama dalam penjagaan ibu hamil atau safe motherhood iaitu perancang keluarga; penjagaan antenatal; kelahiran yang selamat dan bersih serta pengendalian obstetrik yang asas yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia berma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamaruzaman, Nor Azam, Ismail, Ghazali, Raman, Sudesan, Che Yusof, Mohd Daud
Format: Monograph
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/69209/1/7.%20GP%20Alternative%20Birthing%20Centre.PDF
http://irep.iium.edu.my/69209/2/ABC%20contributor.pdf
http://irep.iium.edu.my/69209/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
English
Description
Summary:Kelahiran selamat merupakan salah satu dari empat (4) tunggak utama dalam penjagaan ibu hamil atau safe motherhood iaitu perancang keluarga; penjagaan antenatal; kelahiran yang selamat dan bersih serta pengendalian obstetrik yang asas yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia bermaksud kelahiran yang dikendalikan oleh individu terlatih (skilled birth attendants) dan ia mestilah dalam persekitaran yang bersih dan sesuai. Di Malaysia, peratus kelahiran selamat telah mencapai 98% sejak tahun 2009. Antara fasiliti bersalin di bawah KKM ialah hospital berpakar dan tidak berpakar, Pusat Kelahiran Risiko Rendah dan Pusat Bersalin Alternatif. Pusat Bersalin Alternatif ialah fasiliti KKM yang menyediakan kemudahan bersalin yang selamat untuk ibu kategori berisiko rendah di kawasan pendalaman atau jauh dari kemudahan hospital. Konsep asal penubuhan ini adalah sebagai pilihan tempat bersalin bagi ibu berisiko rendah tetapi mempunyai faktor sosial tertentu yang tidak membolehkan ibu bersalin di rumah atau hospital. Ia terletak di kawasan Klinik Kesihatan dan dikendalikan oleh kakitangan yang terlatih serta sokongan asas untuk menghadapi kecemasan sekiranya berlaku. Ia dilengkapi dengan bilik bersalin dan peralatan yang mencukupi. Kakitangan yang bertugas terdiri daripada Jururawat Kesihatan (dengan Sijil Kebidanan)/Jururawat Masyarakat di bantu oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan Pakar Perubatan Keluarga.