Andropause: benarkah lelaki pun alami “menopause?”
FAKTA!! Testosteron berkurang mengikut umur dalam seseorang lelaki yang sihat! Hypoandrogenism: Kekurangan hormon testosteron. Andropause adalah sindrom klinikal dan biokemikal yang berkaitan dengan peningkatan umur seseorang lelaki dan mempunyai kriteria gejala-gejala dan tanda-tanda yang sel...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
The Malaysian Medical Gazette
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/71651/1/Dr.%20Mohammad%20audopause%20The%20Malaysia%20Medical%20Gazette.pdf http://irep.iium.edu.my/71651/ https://www.mmgazette.com/andropausebenarkahlelakipunalamimenopause/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | English |
Summary: | FAKTA!! Testosteron berkurang mengikut umur dalam seseorang lelaki yang sihat!
Hypoandrogenism: Kekurangan hormon testosteron.
Andropause adalah sindrom klinikal dan biokemikal yang berkaitan dengan peningkatan umur seseorang lelaki dan mempunyai kriteria gejala-gejala dan tanda-tanda yang selari dengan kekurangan paras hormon testosteron. Ianya menyebabkan penurunan kualiti hidup dan secara tidak langsung menyebabkan fungsi organ sistem lelaki terganggu.
Secara amnya, fungsi hormon testosteron adalah:
Kulit: Pembentukan bulu pada muka dan rambut.
Fungsi pembiakan organ lelaki: Penghasilan sperma, perkembangan prostat, fungsi ereksi.
Otot: Kekuatan otot
Otak: Nafsu seksual
Sum-sum tulang: Penghasilan sel darah merah
Tulang: Mengekalkan kekuatan tulang
Gejala kekurangan hormon testosteron adalah lebih kurang sama dengan gejala putus haid di kalangan wanita. Kebiasaannya, pesakit akan mengalami perubahan emosi, kemurungan, letih yang berlarutan dan juga cepat marah. Yang lebih membimbangkan mereka adalah kekurangan nafsu syahwat yang menurunkan kualiti kadar ereksi terutamanya ereksi pada waktu malam. Mereka juga boleh mengalami gangguan tidur, berpeluh yang tidak tahu punca dan juga kesakitan sendi dan otot.
Melalui perubahan fizikal, jisim tubuh dan kekuatan otot akan berkurang, meningkatkan lemak viseral dalam badan dan muka menjadi kemerah-merahan (flushing). |
---|