Metodologi Haji Abdullah al-qari dalam penulisan buku bidang hadis
Artikel ini membicarakan metodologi Haji Abdullah al-Qari dalam karya penulisan buku bidang hadis. Kajian ini membincangkan secara ringkas biografi dan karya hadis beliau. Rekabentuk kajian bersifat kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual semi struktur bersama responden dan analisa dokumen. Ka...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/77678/1/95-195-1-SM.pdf http://irep.iium.edu.my/77678/ http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/article/view/95/89 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Artikel ini membicarakan metodologi Haji Abdullah al-Qari dalam karya penulisan buku bidang hadis. Kajian
ini membincangkan secara ringkas biografi dan karya hadis beliau. Rekabentuk kajian bersifat kualitatif ini
menggunakan kaedah temu bual semi struktur bersama responden dan analisa dokumen. Karya yang dianalisis
ialah buku-buku agama beliau dengan menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian mendapati sejumlah besar
buku dan karya al-Sunnah beliau dalam pelbagai disiplin ilmu seperti: Aqidah (7), Ibadah (18), Perubatan (3),
Bidang Tasawwuf (2), Bidang Dakwah dan Motivasi (6), mengenai Surah dalam Al-Quran (2), mengenai
Wanita (1), Kekeluargaan dan Sosial (2), Bidang Kajian Hadis (1), Bidang Pertanian (1). Haji Abdullah AlQari menggariskan beberapa panduan serta mengaplikasi pelbagai metod dalam menghasilkan karyanya. Di
antara metodologi yang digunakan oleh beliau ialah bermula dari langkah memilih tajuk buku dan memulakan
buku dengan kalimah Bismillah, Tahmid dan Selawat, merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah, menggunakan
fakta yang benar dan sebagainya. Dapatan ini menunjukkan bahawa Haji Abdullah al-Qari merupakan seorang
penulis prolifik dan ulama yang terkemuka. Pemikiran dan sumbangannya dalam bidang pendidikan al-sunnah
di alam Melayu amat besar dan hasil karyanya yang meliputi pelbagai bidang sangat bernilai kepada bangsa
Melayu Islam dan juga kepada negara. Adalah menjadi tanggungjawab ahli akademik dan penuntut ilmu Islam
untuk mengkaji kitab-kitabnya agar segala ilmu yang berfaedah di dalamnya dapat dimanfaatkan oleh generasi
kini dan akan datang. Ia juga dapat dimanfaatkan bagi menjaga ketulenan ajaran Islam dan mengembangkannya
di masa akan datang. |
---|