Keberkesanan modul pengajaran Durus Al Lughah Al-'Arabiyyah Li Ghayri Al-Natiqina Biha (pelajaran-pelajaran Bahasa Arab untuk bukan penutur arab) terhadap pelajar pemula bahasa arab kolej UNITI Kota Bharu = The effectiveness of the Durus Al Lughah Al-'Arabiyyah Li Ghayri Al-Natiqina Biha teaching module (arabic language lessons for non-Arabic speakers) to the Arabic language students in Kota Bharu UNITI College
Penggunaan modul bahasa Arab yang betul amat penting dalam pencapaian keseluruhan pelajar dan pembelajaran bahasa Arab itu sendiri. Penggunaan modul yang betul boleh mendatangkan kesan yang positif terhadap pelajar seperti menambah minat dan pemahaman mereka. Kajian ini dilaksanakan terhadap 60 o...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Pusat Pengajian Teras (PPT), Kolej Univesiti Islam Antarabangsa Selangor
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/85702/1/85702_Keberkesanan%20modul%20pengajaran%20Durus%20Al%20Lughah.pdf http://irep.iium.edu.my/85702/ http://ejbl.kuis.edu.my/index.php/e-jbl/article/view/51/20 http://ejbl.kuis.edu.my/index.php/e-jbl/article/view/51 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | Malay |
Summary: | Penggunaan modul bahasa Arab yang betul amat penting dalam pencapaian keseluruhan
pelajar dan pembelajaran bahasa Arab itu sendiri. Penggunaan modul yang betul boleh
mendatangkan kesan yang positif terhadap pelajar seperti menambah minat dan pemahaman
mereka. Kajian ini dilaksanakan terhadap 60 orang pelajar Kolej UNITI Kota Bharu yang
merupakan pelajar diploma yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab. Kajian ini
bertujuan mengenal pasti minat pelajar terhadap bahasa Arab, menguji keberkesanan Modul
Pengajaran Durus Al Lughah Al-'Arabiyyah Li Ghayri Al-Natiqina Biha, dan bagi mengetahui
sama ada sikap pelajar terhadap frasa sandaran dan adjektif mempengaruhi pencapaian
pelajar. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan analisis deskriptif dan
inferensi. Data kuantitatif dikumpulkan menerusi set soal selidik berkaitan minat pelajar
terhadap bahasa Arab dan sikap pelajar terhadap Frasa Sandaran (Idhafah) dan Frasa
Adjektif (Naat) Dapatan kajian mendapati bahawa peratusan minat pelajar terhadap bahasa
Arab adalah pada tahap tinggi, iaitu melebihi 50% pada setiap soalan. Selain itu, dapatan
bagi Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pasca antara
kumpulan eksperimen yang menggunakan modul PDLA dengan kumpulan kawalan yang
menggunakan pendekatan tradisional, iaitu pada nilai t=-2.786, p < .05. Analisis regresi pula
dijalankan bagi mengenal pasti kesan sikap pelajar terhadap Frasa Sandaran (Idhafah) dan
Frasa Adjektif (Naat) dengan pencapaian pelajar. Hasil keputusan membuktikan pencapaian
bahasa Arab dipengaruhi oleh sikap pelajar terhadap Frasa Sandaran (Idhafah) dan Frasa
Adjektif (Naat) dengan nilai r 0.618. Justeru itu, faktor sikap pelajar terhadap Frasa Sandaran
(Idhafah) dan Frasa Adjektif(Naat) memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran
bahasa Arab dan mampu memberikan kesan positif terhadap penguasaan bahasa Arab
pelajar.
*************************************************************************************
The proper use of Arabic language modules is very important in the overall achievement of
students and the learning of Arabic itself. The use of the right module can have a positive effect
on students such as increasing their interest and understanding. This study was conducted on
60 students of Kota Bharu Unity College who are diploma students who take Arabic subjects.
This study aims to identify students interest in Arabic, to test the effectiveness of the Durus Al
Lughah Al-'Arabiyyah Li Ghayri Al-Natiqina Biha Teaching Module module, and to find out
whether students' attitudes towards backup phrases and adjectives affect student achievement.
The study uses quantitative methods using descriptive and inferential analysis. Quantitative
data were collected through a set of questionnaires related to students interest in Arabic and
students' attitudes towards Backup Phrases (Idhafah) and Adjective Phrases (Naat). In
addition, the findings for the t-test showed that there was a significant difference between the
post-test between the experimental group using the PDLA module and the control group using
the traditional approach. Regression analysis was conducted to identify the effect of students'
attitudes on Backup Phrases (Idhafah) and Adjective Phrases (Naat) with student achievement.
The results prove that Arabic language achievement is influenced by students' attitudes
towards Backup Phrases (Idhafah) and Adjective Phrases (Naat). Therefore, the factor of
students 'attitude towards Backup Phrases (Idhafah) and Adjective Phrases (Naat) play an
important role in learning Arabic and can have a positive effect on students' Arabic language
proficiency. |
---|