Retorik persuasif dalam teks khutbah era pandemik Covid-19
Khutbah ialah medium dakwah yang disampaikan dalam bentuk ucapan lisan dan merupakan rukun dalam solat Jumaat. Khutbah merupakan medan penyampaian maklumat, peringatan, dan nasihat yang penting pada setiap minggu kepada masyarakat Islam. Salah satu strategi penyampaian khutbah yang baik ialah pemanf...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay |
Published: |
Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/87219/1/IREP%2021.pdf http://irep.iium.edu.my/87219/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | Malay |
Summary: | Khutbah ialah medium dakwah yang disampaikan dalam bentuk ucapan lisan dan merupakan rukun dalam solat Jumaat. Khutbah merupakan medan penyampaian maklumat, peringatan, dan nasihat yang penting pada setiap minggu kepada masyarakat Islam. Salah satu strategi penyampaian khutbah yang baik ialah pemanfaatan retorik persuasif dalam sesuatu teks khutbah. Retorik persuasif dalam teks khutbah dapat mencerminkan usaha khatib untuk mempengaruhi para jemaah mempercayai, memahami nasihat dan tunjuk ajar
seterusnya bertindak melakukan sesuatu kebaikan mengikut lunas-lunas ajaran Islam. Lazimnya teks khutbah diisi dengan nasihat-nasihat untuk menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Intipati sesuatu
teks khutbah sudah pasti adalah seruan berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Selari dengan usaha pemimpin-pemimpin negara yang sedang mendepani krisis pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia tahun ini, khatib selaku pemimpin Islam juga turut bersama-sama berjuang menanganinya dengan kata-kata nasihat dan seruan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini khususnya melalui khutbah
Jumaat. Sehubungan itu, makalah ini akan membincangkan retorik persuasif khatib dalam mendepani krisis pandemik COVID-19 di Malaysia. Penelitian dijalankan terhadap teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dimuatkan dalam ruangan e-khutbah di laman web JAKIM, iaitu www.jakim.gov.my. |
---|