Soalselidik persepsi SOP solat berjemaah di masjid/surau
SOP yang dijalankan telah memberikan pelbagai kesan khususnya kepada perkembangan masjid dan jamaah sekitarnya. Pertama, jumlah kehadiran bagi solat jamaah berkurangan dan merisaukan. Masjid merupakan suatu institusi agama yang menjadi teras kepada perpaduan ummah. Semenjak SOP dikenakan, masji...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Copyright |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/88643/1/Copyright_skala%20masjid.pdf http://irep.iium.edu.my/88643/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | English |
Summary: | SOP yang dijalankan telah memberikan pelbagai kesan khususnya kepada perkembangan masjid dan jamaah sekitarnya.
Pertama, jumlah kehadiran bagi solat jamaah berkurangan dan merisaukan. Masjid merupakan suatu institusi agama yang menjadi teras kepada perpaduan ummah. Semenjak SOP dikenakan, masjid menjadi suram meskipun SOP telahpun dilonggarkan sedikit demi sedikit. Hal ini amat membimbangkan. Masyarakat seperti merasakan hadir ke masjid lebih banyak mendatang mudarat berbanding kebaikan sedangkan agama menyarankan untuk ke masjid ketika berhadapan bencana. Lebih malang, masjid yang dulunya dipenuhi jamah hingga beberapa saf, sudah hilang jamaahnya kesan dari SOP yang amat ketat yang dibentuk tanpa merujuk kepada pakar dari pelbagai bidang secara mendalam.
Kedua, SOP yang ketat ini menyebabkan jemaah merasa susah untuk ke masjid. Contohnya, jamaah perlu membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka untuk ke masjid. Lebih malang, jamaah yang tidak ada wudhu, tidak dibenarkan berwudhu meskipun di perkarangan masjid. Tandas turut ditutup menyukarkan khususnya musafir dan jamaah yang datang dari jauh. Hal ini adalah sangat tidak logik kerana SOP di kedai makan dan pasaraya yang mana menjadi tumpuan awam sepanjang masa tidak pula menghalang pengunjungnya untuk membasuh tangan dan menggunakan tandas. Justeru, masyarakat semakin jauh dari masjid yang menatijahkan masyarakat yang berasa endah tidak endah dengan kepentingan masjid.
Soalselidik ini bertujuan menilai persepsi masyarakat terhadap SOP yg kini dikenakan oleh pihak kerajaan |
---|