Aspirasi Dakwah dalam Novel 99 Cahaya di Langit Eropa

Penerapan dakwah melalui karya sastera merupakan satu medium yang signifikan dalam menyemarakkan nilai-nilai Islam dalam kalangan penggiat seni sastera tanah air khususnya generasi muda. Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang yang diperkenalkan pada tahun 1994 telah mendampakkan konsep-ko...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shamsul Azwan, Nur Syafira, Ismail, Mohamad Zuber, Johari, Arina
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UITM 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/91508/1/e-prosiding-peserta-kkpem
http://irep.iium.edu.my/91508/
https://sites.google.com/view/kkpem2021/e-prosiding-peserta-kkpem
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: Malay
Description
Summary:Penerapan dakwah melalui karya sastera merupakan satu medium yang signifikan dalam menyemarakkan nilai-nilai Islam dalam kalangan penggiat seni sastera tanah air khususnya generasi muda. Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang yang diperkenalkan pada tahun 1994 telah mendampakkan konsep-konsep dakwah yang bersesuaian untuk dijadikan landasan dalam penelitian kajian ini. Pengkaji telah memilih novel 99 Cahaya di Langit Eropa hasil karya Hanum Salsabiela dan Rangga Almahendra sebagai korpus kajian. Kaedah kepustakaan dan analisis teks merupakan kaedah yang diterapkan untuk kajian ini. Penelitian teks secara rinci bertujuan untuk mencapai dua objektif utama kajian, iaitu mengenal pasti dan menganalisis konsep-konsep dakwah dalam novel 99 Cahaya di Langit Eropa. Dapatan kajian membuktikan bahawa persoalan keagamaan seperti terapan nilai-nilai Islam yang merangkumi aspek rohani, emosi dan spiritual amat sarat dalam novel tersebut. Konsep dakwah yang diekspresikan melalui struktur instrinsik novel menyerlahkan nilai-nilai positif seiring dengan saranan al-Quran dan Hadis. Hal ini memberikan impak yang positif terhadap pembangunan emosi dan spiritual masyarakat sejagat. Pendekatan dakwah melalui novel ini mampu menjadi satu wadah kesedaran kepada pembaca untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Pendekatan dakwah melalui Teori Pengkaedahan Melayu ini amat bersesuaian dan bertepatan dalam menyuburkan aspirasi dakwah dalam penelitian ini.