Perkembangan sastera Islam di Malaysia: merungkai pandangan Azizi Haji Abdullah

Azizi Haji Abdullah merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan di Malaysia. Penulisan beliau, khususnya dalam karya novel dan cerpen, sehingga beliau memenangi pelbagai anugerah sastera telah menonjolkan ketokohan beliau dalam bidang karya kreatif. Apa yang menarik, latar belakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Safian, Nursafira, Abul Hassan Ashari, Mohamad Zulfazdlee
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Malay
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/91540/2/BUKU-PROGRAM-ICON-IMAD-X.pdf
http://irep.iium.edu.my/91540/3/187.%20Sijil-Nursafira%20Lubis%20Safian.pdf
http://irep.iium.edu.my/91540/19/91540_Perkembangan%20sastera%20Islam%20di%20Malaysia%20merungkai%20pandangan%20Azizi%20Haji%20Abdullah.pdf
http://irep.iium.edu.my/91540/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: Malay
Malay
English
Description
Summary:Azizi Haji Abdullah merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan di Malaysia. Penulisan beliau, khususnya dalam karya novel dan cerpen, sehingga beliau memenangi pelbagai anugerah sastera telah menonjolkan ketokohan beliau dalam bidang karya kreatif. Apa yang menarik, latar belakang Azizi Haji Abdullah yang berpendidikan agama turut mempengaruhi penulisannya sehingga karya-karya beliau disifatkan memiliki unsur-unsur Islam. Bagaimanapun apabila membicarakan tentang perkembangan sastera Islam di Malaysia, Azizi Haji Abdullah mempunyai pandangan yang agak sinis dan kritikal dalam menanggapi isu berkenaan walaupun fenomena sastera Islam di Malaysia mula dibincangkan secara serius sewaktu dekad 80-an. Berdasarkan reaksi dan refleksi sedemikian, makalah ini akan cuba merungkai beberapa pandangan Azizi Haji Abdullah yang pernah diterbitkan dalam majalah atau akhbar seputar isu sastera Islam dan seterusnya melihat relevansi terhadap perkembangan sastera di Malaysia masa kini. Secara keseluruhannya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi content analysis sebagai metode pengumpulan dan analisis data. Dapatan kajian menunjukkan Azizi Haji Abdullah mempersoalkan wacana dan polemik sastera Islam di Malaysia kerana beliau beranggapan sastera yang wujud ketika itu tidak menepati ciri-ciri yang dikatakan sebagai sastera Islam. Di sebalik pandangan berkenaan, Azizi Haji Abdullah masih lagi berkeyakinan untuk melihat sastera Islam di Malaysia dapat berkembang sebaiknya jika enam faktor yang dikemukakan beliau dapat digerakkan secara konsisten oleh segenap pihak, seperti golongan pengkarya, penerbit, media, khalayak pembaca dan kerajaan. Kata kunci: Sastera, Sastera Islam, Sastera di Malaysia, Novel Melayu, Azizi Haji Abdullah