Pencetus utama konflik perkahwinan sepanjang fasa pertama perkahwinan dalam kalangan pasangan muda: kajian kes semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Fasa pertama perkahwinan sering dikaitkan dengan fasa krisis, fasa penyesuaian dan fasa tekanan. Kejayaan pasangan muda melalui fasa ini akan menjamin kestabilan perkahwinan dan kelangsungan institusi keluarga. Penceraian merupakan ancaman utama kepada pasangan muda dalam fasa pertama perkahwinan. K...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/94072/1/PERKKS21%20Buku%20Abstrak.pdf http://irep.iium.edu.my/94072/19/94072_Pencetus_Utama_Konflik.pdf http://irep.iium.edu.my/94072/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | English English |
Summary: | Fasa pertama perkahwinan sering dikaitkan dengan fasa krisis, fasa penyesuaian dan fasa tekanan. Kejayaan pasangan muda melalui fasa ini akan menjamin kestabilan perkahwinan dan kelangsungan institusi keluarga. Penceraian merupakan ancaman utama kepada pasangan muda dalam fasa pertama perkahwinan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pencetus konflik perkahwinan sepanjang fasa pertama perkahwinan (1-10 tahun) dalam kalangan pasangan muda di Negeri Selangor. Reka bentuk kajian kualitatif dengan teknik temu bual separa berstruktur berdasarkan pendekatan fenomenologi digunakan di dalam kajian ini. Persampelan kajian yang digunakan adalah persampelan bukan kebarangkalian iaitu dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan atau “purposive sampling”. Pengkaji menetapkan ciri-ciri yang perlu ada pada informan iaitu berkahwin dalam tempoh 1 hingga 10 tahun, tinggal dan bekerja di Selangor dan berumur kurang daripada 40 tahun. Saiz sampel untuk kajian kualitatif ini adalah seramai enam (6) orang dan dipilih berdasarkan teknik variasi maksimum. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis temantik ke atas transkrip temubual responden. Hasil analisis menunjukkan terdapat tiga (3) pencetus utama konflik perkahwinan dalam kalangan pasangan muda iaitu krisis kewangan, masalah komunikasi, dan campur tangan keluarga. Pencetus konflik ini jika tidak ditangani akan memburukkan lagi kualiti perkahwinan seterusnya boleh membawa kepada penceraian. Modul pengurusan konflik akan dicadangkan bagi membantu pasangan muda yang baru berkahwin mencapai kefungsian dan kualiti dalam perkahwinan, terutamanya pada fasa pertama perkahwinan. |
---|