Pengaplikasian teori konseptual kata kunci dalam filem “Perempuan Berkalung Sorban”
Kajian ini meneliti sebuah filem yang berasal dari negara Indonesia yang bertajuk Perempuan Berkalung Sorban yang diterbitkan pada tahun 2009 dibawah syarikat penerbitan Starvision Plus. Filem diarahkan oleh pengarah terkenal yang berasal dari negera yang sama iaitu Hanung Bramantyo. Filem ini diada...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Teras Kuis
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/95160/1/95160_Pengaplikasian%20teori%20konseptual%20kata%20kunci.pdf http://irep.iium.edu.my/95160/ http://conference.kuis.edu.my/pasak/images/pasak6/eprosiding2021/e-proceeding_pasak2021_015.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini meneliti sebuah filem yang berasal dari negara Indonesia yang bertajuk Perempuan Berkalung Sorban yang diterbitkan pada tahun 2009 dibawah syarikat penerbitan Starvision Plus. Filem diarahkan oleh pengarah terkenal yang berasal dari negera yang sama iaitu Hanung Bramantyo. Filem ini diadaptasi daripada novel yang bertajuk Perempuan Berkalung Sorban karya Abidah El Khaliqy. Teori Konseptual Kata Kunci oleh Mohammad Mokhtar Hassan (2001) diaplikasikan untuk mengkaji filem ini. Kajian ini dijalankan untuk melihat konsepsi pengarang dalam penghasilan filem yang diadaptasi daripada novel. Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan dua objektif iaitu mengenal pasti dan menganalisis ketiga-tiga prinsip teori Konseptual Kata Kunci iaitu prinsip kepengaruhan, pemilihan kata dan kesan yang terdapat dalam filem Wanita Berkalung Sorban. Penganalisisan data akan diteliti menerusi watak Anisa dalam filem berjudul Perempuan Berkalung Sorban. Pendekatan yang akan digunakan sepanjang menjalankan kajian adalah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat kecenderungan yang tinggi terhadap pengaplikasian prinsip-prinsip di bawah teori Konseptual Kata Kunci. Konsepsi pengarang juga begitu menyerlah berdasarkan struktur intrinsik dan ekstrinsik yang karya telah ketengahkan dalam penelitian ini. |
---|