Struktur perbualan dalam rancangan bual bicara

Di Malaysia, rancangan bual bicara menjadi genre televisyen popular dan mendapat tempat penting dalam penjadualan televisyen. Rancangan bual bicara yang menyajikan maklumat berkisar hal rumah tangga menjadi kegemaran ramai khususnya dalam kalangan kaum wanita. Rancangan bual bicara Wanita Hari Ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Idrus, Azean Idruwani, Sha'ri, Sharil Nizam, Mashudi, Rohaidah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
English
Published: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/95254/1/PASAK6-KUIS.jpg
http://irep.iium.edu.my/95254/2/index.html
http://irep.iium.edu.my/95254/13/95254_Struktur_perbualan-dalam-rancangan.pdf
http://irep.iium.edu.my/95254/
http://conference.kuis.edu.my/pasak/images/pasak6/eprosiding2021/e-proceeding_pasak2021_019.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
English
English
Description
Summary:Di Malaysia, rancangan bual bicara menjadi genre televisyen popular dan mendapat tempat penting dalam penjadualan televisyen. Rancangan bual bicara yang menyajikan maklumat berkisar hal rumah tangga menjadi kegemaran ramai khususnya dalam kalangan kaum wanita. Rancangan bual bicara Wanita Hari Ini bukan sahaja menyajikan rancangan yang menarik dan informatif bahkan juga berperanan dalam mendidik, mempengaruhi dan menghiburkan khalayak. Keteraturan ujaran oleh pengacara dan orang yang diwawancara dapat menarik perhatian khalayak untuk terus mengikuti rancangan tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti dan membincangkan struktur perbualan yang terdapat dalam rancangan bual bicara Wanita Hari Ini. Data kajian merupakan ujaran terpilih yang terdapat dalam segmen Asam Garam Rumah Tangga. Kaedah analisis kandungan teks dengan mengaplikasikan Teori Analisis Perbualan (Heritage, 1992) diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa struktur perbualan dalam rancangan bual bicara Wanita Hari Ini terdiri daripada pembuka turutan, pasangan berdampingan, sisipan turutan, pra turutan, kecenderungan turutan, iaitu kecenderungan turutan yang disenangi serta ketidakcenderungan turutan yang tidak disenangi dan penutup perbualan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa perbualan yang berstruktur mewujudkan keteraturan dan keberkesanan dalam mencapai tujuan sebenar sesebuah rancangan bual bicara. Kajian ini difikirkan amat bermanfaat sebagai panduan dan rujukan kepada pemeran agar dapat berbual dengan baik dan memahami akan apa-apa yang dibualkan.