Majalah Dabiq sebagai medium propaganda pemikiran Tauhid Islamic State of Iraq and Sham (ISIS)

Ekstremisme merupakan ancaman yang sedang dihadapi oleh dunia Islam hari ini dengan kemunculan kumpulan pengganas; Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) atau al-Dawlah al-Islamiyyah fi al-‘Iraq wa al-Sham (DAESH). Kewujudan mereka dengan aksi keganasan melampau telah memberikan gambaran yang buruk t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: El-Muhammady, Ahmad, Hamat, Mohd Fauzi, Wahab, Muhammad Rashidi, Hanfiah, Mohd Hizam, Jalil, Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaya 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/96687/1/96687_Majalah%20Dabiq%20sebagai%20medium%20propaganda.pdf
http://irep.iium.edu.my/96687/
https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/34388/14128
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
Description
Summary:Ekstremisme merupakan ancaman yang sedang dihadapi oleh dunia Islam hari ini dengan kemunculan kumpulan pengganas; Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) atau al-Dawlah al-Islamiyyah fi al-‘Iraq wa al-Sham (DAESH). Kewujudan mereka dengan aksi keganasan melampau telah memberikan gambaran yang buruk terhadap agama dan umat Islam. Lebih membimbangkan, sebilangan umat Islam di Malaysia turut terpengaruh dengan ISIS sehingga memberi ancaman kepada keselamatan negara. Justeru, berdasarkan analisis kandungan dokumen, makalah ini dikemukakan bagi mengenal pasti pemikiran tauhid yang menjadi pegangan ISIS. Topik ini dipilih memandangkan setiap tindakanyang dilakukan oleh seseorang Muslim selalunya didasari oleh pemikiran tauhid mereka. Walau bagaimanapun, makalah hanya memfokuskan kepada pemikiran tauhid yang terdapat dalam majalah rasmi ISIS yang bernama DABIQ. Majalah ini mempunyai kedudukan yang signifikan memandangkan ia adalah majalah rasmi ISIS yang pertama diterbitkan bagi menyebarkan propaganda mereka. Dalam hal ini, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lima elemen utama pemikiran tauhid ISIS yang terkandung dalam majalah DABIQ iaitu; i) berpegang dengan aliran akidah Salafi-Wahabi, ii) berpegang dengan Tauhid Tiga, iii) berpegang dengan tauhid al- Wala’ wa al-Bara’, iv) berpegang dengan tauhid al- Hakimiyyah, dan v) bermudahan mengkafirkan umat Islam (takfir). Kajian juga mendapati pemikiran tauhid ISIS ini bertentangan dengan kefahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, sekaligus ia perlu ditolak oleh seluruh umat Islam.