Kemiskinan haid: krisis kesihatan awam yang perlu diakhiri

Isu ‘kemiskinan haid’ bukanlah sesuatu yang baru. Namun akibat rasa malu dan dianggap sebagai sesuatu yang tabu, ia terus menjadi barah dalam masyarakat. Kemiskinan haid adalah situasi apabila individu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tuala wanita (pad) atau tampon akibat kekangan kewangan. Ia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Tohit, Nor Faiza, Syed Hussien, Sh Fatimah Alzahrah, Sulaiman, Szariannie, Rokis, Rohaiza
Format: Article
Language:English
Published: Zes Rokman Resources 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/96858/7/96858_Kemiskinan%20haid_krisis%20kesihatan%20awam%20yang%20perlu%20diakhiri.pdf
http://irep.iium.edu.my/96858/
https://www.ijcwed.com/wp-content/uploads/2022/02/IJCWED14_501.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
Description
Summary:Isu ‘kemiskinan haid’ bukanlah sesuatu yang baru. Namun akibat rasa malu dan dianggap sebagai sesuatu yang tabu, ia terus menjadi barah dalam masyarakat. Kemiskinan haid adalah situasi apabila individu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tuala wanita (pad) atau tampon akibat kekangan kewangan. Ia juga merujuk kepada kekurangan atau ketiadaan kemudahan sanitasi untuk menguruskan haid seperti tiada bekalan air atau tiada tempat pelupusan sampah (tuala wanita) yang sesuai dan tiada privasi untuk menguruskan haid. Selain itu, kekurangan pengetahuan tentang haid dan pengurusannya merupakan satu lagi komponen ‘kemiskinan haid’. Golongan yang berisiko termasuklah wanita luar bandar, miskin bandar dan miskin tegar. Akibat ketiadaan tuala wanita yang mencukupi, individu tersebut mungkin akan menggunakan tuala wanita yang sama untuk suatu tempoh yang lama. Mereka juga mungkin menggunakan bahan penyerap alternatif seperti kain buruk, surat khabar lama atau sabut. Ini akan mewujudkan ketidakselesaan dan mendedahkan mereka kepada jangkitan pada saluran kencing dan organ reproduktif. Bagi para pelajar pula, ketiadaan tuala wanita yang bersesuaian atau mencukupi akan membataskan aktiviti di sekolah. Ia juga mungkin merisikokan mereka untuk mengalami tompokan darah haid pada pakaian sekolah. Perasaan malu atau rendah diri merupakan ancaman terhadap para pelajar ini. Mereka mungkin mengambil tindakan untuk tidak hadir ke sekolah. Jika dianggarkan secara purata dalam sebulan mereka tidak hadir ke sekolah untuk tiga atau empat hari, semestinya pelajarpelajar ini berdepan risiko keciciran dalam pelajaran. Ketiadaan bekalan air dan sabun tangan yang sempurna merupakan satu lagi cabaran dalam pengurusan haid. Bekalan air amat diperlukan untuk pembersihan alat sulit dan juga pakaian yang terpalit dengan darah haid. Ketiadaan fasiliti pelupusan tuala wanita yang sempurna pula boleh mencemarkan alam sekitar. Kesedaran tentang ‘kemiskinan haid’ perlu diwujudkan di kalangan masyarakat dan pemegang taruh yang lain seperti pihak berwajib yang berkait dengan institusi keluarga dan masyarakat serta pertubuhan-pertubuhan sukarelawan. Individu yang terkesan juga perlu diperkasakan agar dapat tampil membawakan isu yang mereka hadapi. Dengan adanya penggemblengan sumber dan tindakan dari kesemua pihak yang terlibat, isu ‘kemiskinan haid’ ini akan dapat ditangani. Lebih utama lagi, nasib mereka yang terkesan oleh ‘kemiskinan haid’ ini akan terbela.