Qisas dalam syariah Islamiah antara pengakuan dan pembatalan
Qisas ialah suatu hukuman jenayah yang disyariatkan Allah untuk dilaksanakan oleh orang yang beriman kepada penjenayah yang telah melakukan jenayah. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan konsep qisas dalam syariah islamiah. Adakah hukuman qisas ini sesuai dilaksanakan pada masa kini. Baga...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Zes Rokman Resources (2131022-P)
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/97357/9/97357_Qisas%20dalam%20syariah%20Islamiah%20antara%20pengakuan%20dan%20pembatalan.pdf http://irep.iium.edu.my/97357/ https://www.jesoc.com/wp-content/uploads/2022/03/JESOC19-203.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Qisas ialah suatu hukuman jenayah yang disyariatkan Allah untuk dilaksanakan oleh orang yang beriman kepada penjenayah yang telah melakukan jenayah. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan konsep qisas dalam syariah islamiah. Adakah hukuman qisas ini sesuai dilaksanakan pada masa kini. Bagaimanakah pelaksanaan qisas ini apabila didapati bukti jenayah tidak cukup syarat-syarat yang mewajibkan qisas. Apakah kesan yang terjadi apabila hukuman qisas itu digantikan kepada pengampunan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kualitatif dari segi analisis dokumen, analisis ayat-ayat al-Quran, hadis, buku-buku ilmiah serta artikel-artikel yang berkenaan. Objektif kajian ialah untuk mendedahkan kepada pembaca mengenai indahnya hukum qisas ini pada hakikatnya. Memberi pengetahuan kepada pembaca akan pelaksanaan dan kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan hukuman qisas. Mengenal pasti negara yang melaksanakan hukuman qisas dan cara pelaksanaannya. Mengetahui adakah boleh dilaksanakan atau tidak pada masa kini. Kajian ini mendapati bahawa hukuman qisas tidak dilaksanakan sewenang-wenangnya sehinggalah mendapati pembunuh atau penjenayah tersebut benar-benar cukup syarat untuk dilaksanakan qisas. Tidak semua penjenayah yang melakukan jenayah dilaksanakan hukuman qisas ke atasnya, terdapat juga penjenayah yang mendapat pengampunan dari mangsa atau keluarga mangsa. Diharapkan makalah ini dapat memberi pemahaman kepada pembaca tentang qisas dan pelaksanaannya.
Kata Kunci: Qisas, Pelaksanaannya, Pengakuan,Pembatalan &Pengampunan. |
---|