Keistimewaan Bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dan kepentingan menguasainya bagi para mufassirīn

Seorang Mufassir ibarat permata bagi umat Islam. Tugasannya amat penting dalam memberikan kefahaman yang benar terhadap ayat-ayat al-Qur’an yang merupakan kalam Allah SWT. Memandangkan al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab dan memahami isinya perlu kepada tadabbur dan pemerhatian, maka kajian ini m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad H.Osman, Rahmah, Abu Hassan, Muhammad Ikram
Format: Article
Language:English
Published: Al Hikmah Research and Publication Centre 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/98126/13/98126_Keistimewaan%20Bahasa%20Arab%20sebagai%20bahasa%20al-Quran.pdf
http://irep.iium.edu.my/98126/
https://alhikmah.my/index.php/hikmah/article/view/260/354
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
Description
Summary:Seorang Mufassir ibarat permata bagi umat Islam. Tugasannya amat penting dalam memberikan kefahaman yang benar terhadap ayat-ayat al-Qur’an yang merupakan kalam Allah SWT. Memandangkan al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab dan memahami isinya perlu kepada tadabbur dan pemerhatian, maka kajian ini meneliti salah satu aspek terpenting yang perlu dikuasai oleh seorang mufassir iaitu mengetahui dan memahami bahasa Arab. Tujuan kajian ini ialah merungkai betapa pentingnya elemen bahasa Arab bagi seorang mufassir, selanjutnya meneliti betapa besar kesan bahasa Arab dalam memahami al-Quran. Begitu juga mengenal pasti ilmu-ilmu dasar dalam cabang ilmu bahasa Arab yang perlu dikuasai oleh seorang Mufassir. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dengan mengumpul pandangan ulama tafsir dan bahasa Arab silam terhadap kepentingan menguasai dan memahami bahasa arab seterusnya mengkaji dan mengeluarkan kesimpulan darinya. Kajian mendapati bahawa memahami al-Qur’an merupakan suatu tuntutan terpenting dalam syariat Islam dan tidak boleh mencapai memahami al-Qur’an melainkan dengan menguasai bahasa Arab. Selain itu, dalam memahami al-Qur’an terdapat beberapa ilmu penting yang tersenarai sebahagian besarnya di bawah cabang ilmu bahasa Arab. Di samping itu, hukum mendalami bahasa Arab merupakan Fardhu Kifayah bagi umat Islam.