Kesediaan Remaja Hamil Luar Nikah terhadap Program Kerohanian di Pusat Perlindungan Wanita
Penubuhan institusi perlindungan wanita di Malaysia adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemulihan yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab bagi membantu golongan remaja bermasalah. Secara umumnya, setiap institusi perlindungan beroperasi menggunakan modul tersendiri yang telah dibangun...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://library.oum.edu.my/repository/1289/1/library-document-1289.pdf http://library.oum.edu.my/repository/1289/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Open University Malaysia |
Summary: | Penubuhan institusi perlindungan wanita di Malaysia adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemulihan yang
dijalankan oleh pihak bertanggungjawab bagi membantu golongan remaja bermasalah. Secara umumnya, setiap institusi
perlindungan beroperasi menggunakan modul tersendiri yang telah dibangunkan secara khusus oleh pihak-pihak yang
berkepakaran, berpengalaman dan berautoriti. Matlamat utama pembinaan modul tersebut adalah bertujuan membangun
dan memulihkan akhlak remaja bermasalah yang mendapatkan perlindungan di institusi tersebut. Ringkasnya, kandungan
modul yang dihasilkan bersifat menyeluruh dan seimbang merangkumi aspek pembangunan jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Berdasarkan kajian lepas, penekanan terhadap aspek kerohanian dikenal pasti berupaya membantu remaja
bermasalah dalam dalam proses pemulihan. Namun begitu, sejauh manakah mereka bersedia terhadap pengisian
kerohanian yang dijalankan dalam proses pemulihan jati diri setelah meninggalkan pusat perlindungan kelak? Justeru,
kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesediaan remaja hamil luar nikah terhadap pengisian kerohanian di pusat
perlindungan wanita terpilih. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kes. Dua teknik utama
dalam proses pengumpulan data digunakan iaitu pemerhatian dan temu bual terhadap remaja hamil luar nikah di dua
buah pusat perlindungan wanita terpilih iaitu Baitul Ehsan dan Asrama Bahagia. Seterusnya, dapatan kajian dianalisis
secara tematik mengikut soalan yang telah disediakan terhadap sebarang isu yang timbul. Kajian mendapati remaja
yang telah ditempatkan di pusat ini menunjukkan reaksi positif dan menerima setiap pengisian yang dijalankan dengan
berlapang dada. Selain itu, majoriti daripada mereka juga didapati bersetuju dengan isi kandungan modul kerohanian
yang disampaikan seterusnya bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Kesediaan remaja
ini penting sebagai kayu ukur dalam membantu penambahbaikan modul yang lebih berkualiti pada masa hadapan. |
---|