Kepuasan pembeli/penghuni rumah PR1MA Alam Damai
Perumahan merupakan suatu keperluan asas kepada semua. Setiap individu yang memiliki rumah pasti mengharapkan rumah yang berkualiti dan memuaskan untuk didiami. Rumah yang berkualiti berhasil meningkatkan kualiti hiduo yang baik. Terdapat berbagai jenis perumahan yang ada dibangunkan oleh pemaju...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Other |
Published: |
Open University Malaysia
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://library.oum.edu.my/repository/1442/1/library-document-1442.pdf http://library.oum.edu.my/repository/1442/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Open University Malaysia |
Summary: | Perumahan merupakan suatu keperluan asas kepada semua. Setiap individu yang
memiliki rumah pasti mengharapkan rumah yang berkualiti dan memuaskan untuk
didiami. Rumah yang berkualiti berhasil meningkatkan kualiti hiduo yang baik.
Terdapat berbagai jenis perumahan yang ada dibangunkan oleh pemaju mengikut
kepada ketegori-ketegori pembeli yang ada di Malaysia. Kategori itu adalah,
pendapatan isi rumah dalam julat tertinggi 20%.(T20), pendapatan isi rumah dalam
julat pertengahan 40% (M40), dan pendapatan isi rumah dalam julat terendah
40%.(B40). Langkah kerajaan mewujudkan program Perumahan Rakyat satu (1)
Malaysia (PR1MA) adalah bagi tujuan menyediakan rumah berkualiti tinggi buat
golongan berpendapatan M40 di kawasan bandar dan pinggir bandar di seluruh negara.
Ia seperti memberi sinar baru kepada sebahagian besar rakyat Malaysia yang
merupakan 50 peratus darinya adalah golongan M40. Kepuasan pembeli rumah
PR1MA merupakan faktor utama kejayaan program PR1MA ini. Jika terdapat pembeli
rumah PR1MA yang tidak berpuas hati maka ia memberi impak yang negatif kepada
bakal pembeli rumah PR1MA di negeri-negeri yang lain. Secara tidak langsung ia
mempengaruhi kejayaan program rumah PR1MA. Oleh itu, objektif kajian ini ialah
untuk mengenal pasti sejauh mana kepuasan pembeli/penghuni rumah PR1MA secara
keseluruhannya. Kepuasan pembeli/penghuni rumah PR1MA akan mencerminkan
program rumah PR1MA. Projek perumahan PR1MA yang di pilih untuk kajian kes ini
ialah Rumah PR1MA Alam Damai (PAD) Kuala Lumpur. Seterusnya untuk
mendapatkan maklum balas kepuasan pembeli/penghuni rumah PAD kaedah Penilaian
Pasca Penghunian atau Post Occupancy Evaluation (POE) dan Kepuasan Pembeli
Rumah atau Home-Buyer Satisfaction (HOMEBSAT) akan digunakan dengan
menggunakan borang kajiselidik bagi mendapatkan maklum balas terhadap kepuasan
pembeli rumah PAD. Tiga faktor utama yang ditekan adalah, kualiti reka bentuk, kualiti
persekitaran dalaman, dan kualiti perkhidmatan sokongan bangunan. Akhir sekali,
dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan umum atau panduan
semua pihak terutamanya pemaju perumahan dan pihak profesional yang terlibat dalam
proses awalan dalam pembinaan perumahan. Selain itu pihak PR1MA juga boleh
menggunakan data-data ini untuk menambahbaik pada projek-projek PR1MA yang
lain. lebih peka dalam memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat sebaik mungkin
sekali gus memastikan kesejahteraan hidup masyarakat. (Abstract by author) |
---|