Impak Pesta Kaul Mukah 2023 pasca COVID-19 kepada sosio budaya dan ekonomi / Suffina Long ... [et al.]

Pesta Kaul Mukah merupakan pesta ulung yang diraikan oleh Masyarakat kaum Melanau di Mukah, Sarawak. Pesta Kaul ini menandakan telah berakhirnya musim tengkujuh dan merupakan permulaan kalendar tahunan bagi suku kaum Melanau yang dikenali sebagai bulan Pengejin iaitu pada sekitar bulan Mac dan April...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Long, Suffina, Shamsuddin, Noor Emma, Tang, Howe Eng, Chik, Yahutazi, Bohari, Mohamad Musa
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100605/1/100605.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100605/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Pesta Kaul Mukah merupakan pesta ulung yang diraikan oleh Masyarakat kaum Melanau di Mukah, Sarawak. Pesta Kaul ini menandakan telah berakhirnya musim tengkujuh dan merupakan permulaan kalendar tahunan bagi suku kaum Melanau yang dikenali sebagai bulan Pengejin iaitu pada sekitar bulan Mac dan April setiap tahun. Uniknya, Kaul pada asalnya diadakan untuk memohon restu ataupun pemujaan daripada semangat penjaga laut, darat, ladang dan hutan atau dikenali juga sebagai Ipok agar penduduk tidak diganggu ketika mencari rezeki. Bagaimanapun, selaras dengan pengaruh agama Islam dalam masyarakat Melanau, Pesta Kaul di Mukah pada zaman moden ini telah berubah secara beransur-ansur daripada tujuan asalnya kepada pesta yang memartabatkan warisan budaya Melanau seperti mempamerkan makanan tradisi, sukan rakyat serta dianjurkan secara besar-besaran sehingga dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri Sarawak untuk menarik ramai ramai pengunjung dan pelancong bukan sahaja dari sekitar kawasan Mukah dan seluruh pelusuk Sarawak malahan juga dari luar negeri Sarawak. Oleh itu, penganjuran pesta kaul dengan skala yang besar ini menimbulkan persoalan kajian sejauh manakah Pesta Kaul 2023 ini mampu meningkatkan taraf ekonomi, pelancongan dan memperkenalkan budaya Melanau kepada penduduk setempat dan sekitarnya. Objektif kajian ini pula adalah untuk mengenalpasti impak penganjuran Pesta Kaul Mukah 2023 pasca COVID-19 dari segi ekonomi, sosiobudaya dan alam sekitar. Pendekatan kuantitatif telah digunakan iaitu dengan menekankan pengukuran objektif dan analisis statistik dengan mengumpulkan data melalui soal selidik kepada 313 orang pengunjung yang hadir sepanjang tiga hari utama Pesta Kaul Mukah 2023 berlangsung. Hasil kajian ini mendapati bahawa Pesta Kaul 2023 mampu menjana pendapatan kepada peniaga tempatan, dan Pesta Kaul 2023 juga masih mampu menarik ramai pelancong dan pengunjung untuk datang ke Mukah. Dalam pada yang sama Pesta Kaul Mukah 2023 ini juga mampu memberikan impak kepada pemuliharaan kebudayaan masyarakat Melanau di samping membangunkan komuniti setempat. Kesimpulan kajian ini ialah Pesta Kaul Mukah 2023 pasca COVID-19 mampu mengumpulkan pengunjung untuk memperkenalkan kebudayaan masyarakat Melanau dan menjana ekonomi masyarakat setempat. Impilikasi kajian ini ialah pihak penganjur kepada Pesta Kaul pada masa hadapan haruslah memastikan pengekalan penganjuran Pesta Kaul dalam melestarikan sosio budaya Melanau.