Ada apa pada nama? ceritera yang terungkap di sebalik asal usul nama kampung di Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai / Syakirah Mohammed ... [et al.]

Merbok dan Bujang, dua mukim di Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai, Kedah yang dikenali sebagai tapak tanah kepada kawasan arkelogi Lembah Bujang, tinggalan tamadun Melayu tertua di Asia. Banyak perkara dan peristiwa yang telah dinukilkan di lembah ini termasuk tentang runtuhan-runtuhan candi, bina...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammed, Syakirah, Abu Bakar, Syatirah, Sabir Ahmad, Sarah, Mohd Sirat, Nur Irinah
Format: Book Section
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101225/1/101225.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101225/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Merbok dan Bujang, dua mukim di Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai, Kedah yang dikenali sebagai tapak tanah kepada kawasan arkelogi Lembah Bujang, tinggalan tamadun Melayu tertua di Asia. Banyak perkara dan peristiwa yang telah dinukilkan di lembah ini termasuk tentang runtuhan-runtuhan candi, binaan, artifak-artifak dan peralatan purba yang ditemui, tidak kurang juga tentang sejarah kegemilangan masa silam yang panjang dan masih sedang dirungkai. Namun tidak ramai yang cuba merisik kisah dan makna yang diabadikan dalam nama-nama kampung Melayu tradisional yang menghuni lembah bersejarah ini. Nama-nama kampung di Merbok dan Bujang ini mempunyai kepentingan tersendiri dalam susur galur masyarakat setempat. Nama sesuatu tempat kadangkala mempunyai konteks sejarah yang harus dipelihara. Nama sesuatu tempat juga boleh menggambarkan sifat-sifat persekitaran asal yang kini mungkin telah berubah ditelan arus masa dan kemodenan. Selain itu, nama tempat juga boleh memberikan gambaran kekayaan warisan, budaya, aktiviti ekonomi dan identiti masyarakat terdahulu. Sementelah golongan tua yang banyak menyimpan rahsia di sebalik nama-nama tempat ini telah ramai meninggalkan dunia yang fana ini. Beberapa individu yang masih hidup pula semakin dimamah usia. Asal usul nama-nama kampung di Merbok dan Bujang daripada cerita-cerita lisan penduduk-penduduk kampung wajar dicatatkan sementara mereka yang mempunyai pengetahuan tentangnya masih hidup dan sebelum asal usul tersebut dilupakan.